Diskaun bayaran balik PTPTN disedia pada 2024
- Redzuan Shamsudin
- Oct 13, 2023
- 1 min read

Pemberhentian diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN yang sempat dijadikan modal politik oleh pihak tidak bertanggungjawab akan segera berakhir selepas pengumuman Belanjawan 2024.
Hal ini kerana Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk memberi diskaun bayaran balik kepada pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024.
Katanya, diskaun 10 peratus atas baki hutang akan diberikan untuk pelajar yang menyelesaikan pinjaman secara penuh.
"Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran
"Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual," ujarnya.
Selian itu, beliau juga mengumumkan mahasiswa yang kekurangan dana tidak akan dihalang untuk mendaftar subjek pada semesta berikutnya di institusi pengajian tinggi awam.
"Bermula Januari 2024, yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan untuk tidak melebihi 1,500 ringgit. Ini supaya selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN berjumlah 1,500 ringgit kepada
semua bakal pelajar baharu yang layak.
"Pada masa sama, pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian tidak akan disekat bagi mendaftar
subjek pada setiap semester dan bayaran boleh dilunaskan selepas pendaftaran subjek.
"Sebarang peraturan pembayaran oleh universiti hendaklah mengambil kira kebajikan pelajar," katanya lagi.
댓글