top of page

Diplomasi PM tangani ketegangan Pakistan – Afghanistan disokong - Dr Maszlee

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 20
  • 1 min read

ree

KEADILAN menyokong diplomasi yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung ketegangan antara Afghanistan dan Pakistan.


Biro Hal Ehwal Antarabangsa KEADILAN menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif diplomatik tersebut.


Dalam kenyataan medianya, Pengerusi Biro berkenaan, Dr Maszlee Malik (gambar), memuji langkah proaktif Perdana Menteri yang terlibat secara langsung dengan kepimpinan kedua-dua negara bagi mencari jalan damai dan menamatkan pertikaian yang semakin meruncing.


"Biro Antarabangsa memuji penglibatan langsung PM Anwar dengan kepimpinan kedua-dua negara, yang menggariskan komitmen Malaysia terhadap keamanan global dan perpaduan Islam," katanya.


Menurut Dr Maszlee, seruan Perdana Menteri agar kedua-dua pihak melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan memulakan dialog merupakan langkah yang paling rasional dan bertanggungjawab bagi mengelakkan pertumpahan darah serta penderitaan rakyat tidak berdosa.


"Peperangan hanya menimbulkan penderitaan yang tidak terperi kepada kedua-dua negara dan mengkhianati tanggungjawab bersama yang kita pegang sebagai umat Islam," tegasnya.


Beliau turut menyambut baik usaha Qatar dan Turkiye yang memudahkan pelaksanaan gencatan senjata terkini antara Islamabad dan Kabul, sambil menegaskan bahawa inisiatif tersebut perlu disusuli rundingan diplomatik yang berterusan.


"Rakyat kedua-dua negara berhak mendapat keselamatan dan kemakmuran, bukannya keganasan dan ketidakstabilan," ujarnya.


Dr Maszlee menegaskan bahawa konflik antara dua negara Islam yang bersaudara adalah tragedi besar yang memberi kesan mendalam kepada seluruh dunia Islam, dan justeru menuntut penyelesaian secara aman serta berperadaban.


"Kami menyeru Pakistan dan Afghanistan untuk menyambung semula rundingan peringkat tinggi, menangani rungutan melalui dialog, dan menjamin masa depan yang aman untuk rakyat mereka," katanya lagi.


Beliau turut menyeru komuniti antarabangsa agar terus menyokong proses damai yang sedang diusahakan bagi memastikan kestabilan serantau serta perpaduan dunia Islam terus diperkukuh.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page