top of page

Diplomasi PM, lepas kapal Petronas di Iran bukti kepimpinan berwibawa — Wanita KEADILAN

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 9 hours ago
  • 2 min read

Tindakan pantas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung secara langsung dengan Presiden Iran sehingga membawa kepada pelepasan kapal minyak Petronas disifatkan sebagai bukti kepimpinan berwibawa dalam mengurus cabaran geopolitik semasa.


Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat, Datuk Ginie Lim berkata, pendekatan diplomasi strategik dan berhemah itu mencerminkan keupayaan Malaysia mempertahankan kepentingan nasional di peringkat antarabangsa.


"Wanita KEADILAN berpandangan bahawa tindakan pantas Perdana Menteri yang berhubung secara langsung dengan Presiden Iran sehingga membawa kepada pelepasan kapal minyak Petronas dan syarikat Malaysia mencerminkan kepimpinan berwibawa dalam mengurus cabaran geopolitik yang semakin kompleks," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau, pendekatan tersebut turut membantu mengekalkan keyakinan terhadap kedudukan Malaysia dalam landskap global yang semakin mencabar.

Datuk Ginie Lim
Datuk Ginie Lim

"Pendekatan diplomasi yang strategik dan berhemah ini membuktikan keupayaan Malaysia untuk mempertahankan kepentingan nasional sekali gus mengekalkan keyakinan terhadap kedudukan negara di peringkat antarabangsa," katanya.


Beliau menambah, keupayaan kerajaan bertindak dengan yakin dalam situasi mencabar adalah hasil asas ekonomi yang semakin kukuh melalui reformasi fiskal yang dilaksanakan Kerajaan MADANI, termasuk langkah penyasaran subsidi diesel sejak Jun 2024.


"Keupayaan untuk bertindak dengan yakin dalam situasi sedemikian tidak berlaku secara kebetulan, sebaliknya disokong oleh asas ekonomi yang semakin kukuh hasil reformasi fiskal oleh Kerajaan MADANI," katanya.


Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa negara memerlukan kepimpinan yang berani membuat keputusan sukar demi memperkukuh daya tahan fiskal serta memastikan pengagihan sumber yang lebih saksama kepada rakyat.


"Dalam landskap global yang semakin tidak menentu, Malaysia memerlukan kepimpinan yang berupaya membuat keputusan yang sukar tetapi perlu, bagi memperkukuh daya tahan fiskal negara seterusnya meningkatkan keupayaan kerajaan untuk berdepan ketidaktentuan global termasuk krisis melibatkan Iran agar sumber negara dapat diagihkan secara saksama kepada rakyat yang memerlukan," katanya.


Beliau turut menekankan bahawa situasi semasa menuntut semua pihak memberi tumpuan kepada kepentingan negara.


"Ini bukan masa berpolitik, ini masa mempertahankan negara," katanya.


Tambahnya, Wanita KEADILAN akan terus menyokong usaha memperkukuh kestabilan, kedaulatan dan daya saing Malaysia agar kekal dihormati di peringkat antarabangsa.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page