top of page

Diplomasi kukuh buka laluan perjanjian Petronas di Turkmenistan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 2 min read
Perjanjian bersejarah ditandatangani oleh PM merupakan kejayaan Malaysia yang bersejarah. Foto: PMO
Perjanjian bersejarah ditandatangani oleh PM merupakan kejayaan Malaysia yang bersejarah. Foto: PMO

Ahli geostrategi Dr Azmi Hassan menyifatkan perjanjian tenaga terbaharu yang dimeterai Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Turkmenistan dan Rusia membuktikan hubungan diplomatik Malaysia yang kukuh dengan kedua-dua negara.


Beliau yang juga Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) dipetik laporan Bernama berkata, kerjasama sedemikian tidak berlaku dalam sekelip mata dan ia dibina melalui hubungan diplomatik yang dipupuk sejak bertahun-tahun, kepercayaan komersial dan keyakinan bersama.


Perjanjian tersebut juga tegasnya bukti reputasi Petronas sebagai penggiat tenaga global yang telah lama bertapak sebagai penggiat tenaga global diakui dunia.


"Secara keseluruhannya, ini memperlihatkan bagaimana hubungan antarabangsa yang teguh, dengan sokongan syarikat minyak nasional bertaraf dunia membuka peluang kepada Malaysia di pentas tenaga global.


"Mendapat peluang dalam sektor huluan sesebuah negara bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi dalam industri yang strategik dan berdaya saing seperti industri minyak dan gas (O&G)


"Hubungan antara kerajaan memainkan peranan penting dalam memudahkan perjanjian itu, kredibiliti dan rekod prestasi Petronas juga menjadi faktor penting untuk mendapat peluang dalam industri O&G global," katanya.


Pada Sabtu, Petronas melalui anak syarikat milik penuhnya Petronas Carigali (Turkmenistan) Sdn Bhd memeterai beberapa perjanjian baharu bagi memperkukuh kerjasama strategik jangka panjang dengan negara itu.


Antara perjanjian itu adalah kerjasama dengan State Concern Turkmennebit dan State Enterprise Hazarnebit bagi mengukuhkan kehadiran Petronas di Laut Kaspia dan memperluas portfolio sektor huluannya di negara berkenaan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyifatkan keputusan Kerajaan Turkmenistan menyerahkan penyelenggaraan telaga gas terbesar mereka kepada Petronas melakar sejarah baharu dalam menjamin keselamatan bekalan tenaga jangka panjang negara.


Beliau menyifatkan ia pencapaian luar biasa kerana meletakkan Petronas dalam kedudukan strategik di salah satu negara yang memiliki rizab gas terbesar dunia, sekali gus membantu memastikan Malaysia terus mempunyai kapasiti membekalkan gas kepada pasaran utama.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page