top of page

Diplomasi cara Malaysia bela Gaza dicontohi dunia - Pempengaruh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 12
  • 2 min read

ree

Oleh: Hasbul Ahmad


Pendekatan diplomasi yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dalam menangani isu Gaza dilihat selari dengan strategi terkini digunakan kuasa besar dunia, termasuk pelan damai dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang berasaskan gencatan senjata dan saluran perundingan.


Naib Pengerusi Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur), Shahbudin Embun berkata, Malaysia berpegang kepada prinsip kemanusiaan dan keadilan antarabangsa dalam meneruskan komitmen membantu rakyat Gaza, walaupun berdepan kritikan daripada pembangkang dan segelintir pihak yang menolak jalan diplomasi.


"Kita harus sedar bahawa gencatan senjata dan pelan damai yang kini digunakan pemimpin dunia termasuk Trump, adalah juga satu bentuk diplomasi.

Shahbudin Embun
Shahbudin Embun

"Inilah juga yang sedang dilakukan oleh PMX berunding dengan negara ketiga seperti Mesir untuk memastikan bantuan sampai kepada rakyat Gaza


"Walaupun ada pihak mengkritik negara-negara Arab kerana dianggap tidak ‘berjihad’ mempertahankan Gaza, Malaysia tidak seharusnya menunggu tindakan orang lain untuk menunjukkan solidariti.


"Yang penting ialah tindakan kita sendiri. Malaysia mesti kekal konsisten, bermaruah dan strategik dalam membela rakyat Palestin. Jangan hanya laungkan semangat tetapi tidak bertindak," kata Shahbudin kepada Suara Keadilan.


Mengulas cadangan penyokong pembangkang agar Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan AS, Shahbudin menegaskan langkah sedemikian bersifat emosional dan tidak realistik.


"Hubungan diplomatik bukan bererti kita bersetuju dengan semua dasar mereka. Malaysia masih boleh menegur dan menentang kekejaman di Gaza melalui saluran antarabangsa, tanpa menjejaskan kepentingan ekonomi dan keselamatan negara," katanya.


Beliau turut mempertahankan tindakan PMX menyalurkan RM100 juta bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dikritik sebahagian pihak. Katanya, bantuan itu bukan sekadar sumbangan kewangan tetapi lambang tanggungjawab moral dan prinsip kemanusiaan sejagat.


"Gaza sedang melalui krisis kemanusiaan yang luar biasa. Bantuan itu bukan soal politik, tetapi soal nyawa dan hak asasi manusia. Yang penting urusannya mesti telus supaya rakyat tahu ke mana wang itu disalurkan," jelasnya lanjut.


Shahbudin menegaskan, walaupun sebahagian negara Arab kini lebih berhati-hati dalam tindakan mereka, Malaysia perlu terus memainkan peranan sebagai suara dunia Islam di pentas global.


"Diplomasi bukan tanda kelemahan. Ia adalah strategi paling berkesan untuk jangka panjang — memastikan suara Palestin terus hidup dan dunia tidak melupakan penderitaan mereka," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page