top of page

Dine-in: Hajiji buat pusingan-U, susahkan peniaga Sabah


Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor disifatkan gagal menangani isu kebenaran makan di restoran dan kedai makan.


Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Sabah, Artini Ali Taugan berkata, keputusan itu didakwa ‘syok sendiri’ kerana tidak dibincangkan dengan Kabinet, malah telah menyusahkan para peniaga dan orang awam.


“Peniaga kedai makan hari ini sudah cukup susah dengan masalah ekonomi perniagaan mereka. Dan hari ini mereka seolah ‘diperbodohkan’ dengan harapan palsu oleh Hajiji bahawa perkhidmatan dine-in telah dibenarkan," katanya.


Rata-rata peniaga didakwa keliru kerana masih tidak mendapat prosedur operasi standard (SOP) yang jelas sehingga Penguatkuasa Kesihatan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu memberi amaran kepada peniaga supaya tidak menyediakan meja dan kerusi.


“Kerajaan GRS cukup-cukuplah menyusahkan rakyat yang telah terbeban. Hari ini buat keputusan, besok u-turn semula. Rakyat sedang susah, jangan susahkan lagi rakyat.


“Di mana autonomi yang dilaungkan kerajaan GRS? Adakah kerana Kuala Lumpur tidak membenarkan, maka GRS perlu tunduk akur tanpa mempedulikan perasaan rakyat?


“Hajiji bila buat keputusan, jangan buat keputusan melalui bilik tidur. Bila ingin melonggarkan SOP, bawa ke dalam mesyuarat kabinet kemudian umum SOP terbaru. Jika tidak tahu cara mentadbir, berundur saja," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page