top of page

Diiringi pengalaman membina parti, Saifuddin nasution umum tanding Timbalan Presiden



Persaingan posisi Timbalan Presiden KEADILAN dilengkapkan dengan pengumuman Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang akan menjadi pencabar utama kepada kerusi yang telah 2 tahun dikosongkan itu dalam majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita dan AMK Kelantan pagi tadi.


Menurut Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN, persaingan dalam pemilihan kali ini tidak akan menjadi sesengit tahun 2018 yang mengakibatkan perpecahan parti.


Katanya, kali ini yang terpilih dan tidak terpilih akan tetap mendapat tempat dan menyumbang bakti.


"Parti memerlukan satu pasukan kepimpinan yang kuat dan mantap yang bersama presiden memperkukuh parti, melahirkan kepimpinan baru yang boleh bekerja dalam satu pasukan, bebas amalan berpuak dan saling membantu memperbaiki kelemahan sesama kita


"Saya Subuh tadi telah hantar WhatsApp kepada presiden mohon izin nak buat pengumuman pada hari ini


"Saya juga hantar WhatsApp kepada bonda reformasi Kak Wan. Juga WhatsApp kepada puteri reformasi Nurul Izzah, WhatsApp pimpinan senior. Kak Wan pesan saya. Saya minta kak Wan doakan.


"Dengan penuh rendah diri, saya Saifuddin Nasution mengumumkan hari ini bahawa saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN pada pemilihan kali ini," katanya.


Di samping itu, Saifuddin sebagai tokoh lama yang berkecimpung dalam KEADILAN sejak parti ditubuhkan mahu anggota parti mempertimbangkan pemilihan pemimpin kali ini berdasarkan pengalaman dan kesetiaan kepada parti.


"Saya memohon dan merayu anggota parti menimbangkan alasan berikut. Pertama saya membawa pengalaman dan ketaatan kepada pimpinan parti selama 23 tahun.


"Kedua, saya bertekad meneruskan usaha sehabis daya membantu institusi presiden yang disandang Datuk Seri Anwar untuk mengukuh dan mempersiap parti menuju PRU


"Ketiga, apa yang datang dari dhomir saya, bahawa saya mengalu alukan pengumuman awal Rafizi yang ikut menawarkan diri. Rafizi seorang kreatif, tinggi daya juang dan dihormati rakan dan lawan. Justeru persaingan ini, menawarkan dua rakan yang ingin menyumbang memperkuatkan parti dalam proses demokrasi. Ini sikap saya, ini pendirian saya," katanya disambut tepukan bergemuruh.


Sebelum itu, Saifudin menceritakan pengalaman jatuh bangun di dalam parti sejak menjadi anggota terawal pada 1999. Beliau pernah menjawat Pengarah Staretegik, Pengarah Bersama Pilihan Raya dan tempoh khidmat paling lama adalah sebagai Setiausaha Agung KEADILAN sejak 2010.





0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page