top of page

Digitalisasi tabika Orang Asli bermula tahun depan - JAKOA

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 3
  • 1 min read


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Datuk Sapiah Mohd Nor melawat Tabika Orang Asli
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Datuk Sapiah Mohd Nor melawat Tabika Orang Asli

Kerajaan Perpaduan terus komited terhadap pembangunan pendidikan komuniti luar bandar termasuk di kawasan penempatan Orang Asli.


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Datuk Sapiah Mohd Nor berkata, bermula tahun hadapan, 22 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas di penempatan Orang Asli di Kelantan dan Terengganu bakal menerima kemudahan internet.


"Kerajaan mahu memastikan tiada komuniti tercicir daripada arus pembangunan digital, selaras dengan matlamat Malaysia MADANI yang menekankan prinsip keterangkuman dan keadilan sosial.


"Usaha ini sebagai menyahut seruan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk mendigitalkan semua premis Tabika.


"Insya-Allah kita tengok dan kenal pasti serta dapat sediakan berdasarkan peruntukan di bawah JAKOA," katanya dipetik laporan media.


Sementara itu menurut Sapiah, inisiatif tersebut akan dilaksanakan secara strategik dalam tempoh lima tahun menerusi kerjasama erat antara JAKOA, Kemas serta agensi lain termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Di peringkat kementerian jelasnya, perancangan bagi menyediakan kemudahan internet bagi semua premis tadika di perkampungan Orang Asli sudah disediakan.

"Kita bersama Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohd Hanafiah Man, akan menilai keutamaan kawasan, dan pelaksanaan akan dimulakan di kawasan yang paling sukar mendapat akses dahulu.


"Projek ini bakal memberi manfaat besar kepada anak-anak Orang Asli, khususnya mereka yang tinggal jauh di pedalaman, di mana akses internet boleh membuka ruang baharu dalam pendidikan awal kanak-kanak," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page