top of page

Dialog Timbalan Menteri - MPN Sarawak cari maklumat, isu berbanggkit



Dialog di antara Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Senator Saraswathy Kandasami yang diadakan di Grand Margherita Hotel, Kuching baru baru ini berhasil mendengar beberapa masalah setempat daripada KEADILAN Sarawak.


Menurut Saraswathy, dialog itu diadakan khusus bagi merapatkan hubungan dan mencari tahu masalah yang boleh dibantu oleh agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi terhadap masyarakat Sarawak.


"Saya telah meluangkan masa bersama dengan pimpinan MPN bagi mendengar dan mengambil bahagian dalam sesi dialog bersama dengan pimpinan.


Saraswathy menerangkan sesuatu disaksikan Roland Egan (tiga dari kiri)

"Melalui sesi dialog ini, saya secara terbuka mendapatkan pandangan berkait isu setempat dan komuniti. Saya berjanji akan meneliti semua isu yang dibangkitkan dan juga bersama-sama akan berusaha untuk mencari penyelesaian bagi isu yang dibangkitkan.


"Saya juga berpeluang untuk memberi perkongsian khususnya yang melibatkan Kementerian saya. Saya dapat menerangkan dasar dan pendekatan dalam Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memacu negara bergerak kehadapan bagi sebuah Malaysia Madani," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi MPN Sarawak Roland Egan, atas penganjuran sesi perjumpaan ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page