top of page

Dialog komuniti: Suara masyarakat India disampaikan kepada wakil PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 9
  • 2 min read
Shanmugam  bersama Fakhrul Anuar (kanan) menyatakan iltizam kerajaan membantu masyarakat India
Shanmugam bersama Fakhrul Anuar (kanan) menyatakan iltizam kerajaan membantu masyarakat India

Aspirasi dan permasalahan komuniti India Kuantan disalurkan terus kepada kepimpinan tertinggi negara menerusi program Dialog Komuniti India Kuantan yang berlangsung baru-baru ini di Dewan Sri Inderapura, Taman Seri Inderapura, Kuantan.


Program ini menghimpunkan Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Shanmugam Mookan dan Ahli Majlis Bandaraya Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi bersama pemimpin serta wakil komuniti India setempat dalam sesi dialog terbuka dua hala.


Sesi dialog dipengerusikan oleh Yugendren Perumal, Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang bagi memastikan perbincangan berjalan teratur dan setiap isu dapat disuarakan dengan jelas.


Antara isu utama yang dibangkitkan oleh komuniti termasuk pendidikan anak-anak India, peluang ekonomi dan keusahawanan, isu perumahan, serta pengiktirafan peranan komuniti India dalam pembangunan Parlimen Kuantan. Ahli komuniti turut mengambil peluang untuk bertanya dan memberi cadangan secara langsung kepada wakil Perdana Menteri.

Seorang peserta menanyakan soalan
Seorang peserta menanyakan soalan

Turut hadir memeriahkan program ini ialah Ketua Wanita KEADILAN Negeri Pahang, Sridayu Samsuri; Naib Ketua Keadilan Kuantan, Jeff Lee Chee Mun; Pengerusi Komuniti India Inderapura, Mohan Kumar Krishnan; Pengerusi Komuniti Taman Tas Madani, Rejesh Arumugam, Ketua Ranting Kubang Buaya Madani, Nicholas De Soosa; Pengerusi Komuniti India Cenderawasih Madani, Suresh Subramaniam dan Albert Tan Siew Khong Pengerusi Komuniti Seri Kuantan Madani.


Shanmugam Mookan menegaskan bahawa Kerajaan Madani komited mendengar terus permasalahan rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang. Beliau menyatakan maklum balas serta cadangan yang diterima akan disalurkan kepada YAB Perdana Menteri untuk tindakan dan pertimbangan dasar yang lebih inklusif.


Fakhrul Anuar Zulkawi pula menekankan kepentingan kerjasama antara Majlis Bandaraya Kuantan dan pemimpin komuniti bagi mempercepat penyelesaian isu-isu setempat, khususnya di Taman Seri Inderapura dan kawasan sekitar.


Program dialog ini mencerminkan pendekatan Kerajaan Madani yang mengutamakan keterangkuman dan komunikasi terus dengan rakyat. Penganjur merakamkan penghargaan kepada semua pemimpin komuniti yang hadir dan sudi berkongsi pandangan demi kesejahteraan bersama.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page