top of page

Di sebalik teknologi tradisi kukuhkan ikatan perpaduan - KKD

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 21, 2023
  • 1 min read


Kepesatan pembangunan perlu dikecapi namun aspek tradisi tidak dilupakan.


Demikian pesanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam kilp video ucap selamat Tahun Baharu Cina


"Malaysia pesat dengan pembangunan menuju ke hadapan seiring dengan kemodenan. Kemajuan teknologi aspek digital kini merupakan landasan kehidupan seharian rakyat kita.


"Kini segalanya disampaikan secara langsung kepada pengguna teknologi dalam dunia moden. Di sebalik kemodenan tradisi mengukuhkan ikatan dan perpaduan menawarkan kemanisan untuk menyambut Tahun Baharu Cina," kata suara latar klip berdurasi 1:02 minit berkenaan yang diterbitkan oleh RTM.


Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Fadzil dan timbalannya Teo Nie Ching kemudian mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia mewakili KKD.


"Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, saya Fahmi Fadzil, saya Teo Nie Ching, serta seluuh warga KKD ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Kong Xi Fa Chai," kata mereka.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page