top of page

Di sebalik kemelut politik, PN gagal tangani Covid-19, ekonomi negara - Wanita KEADILAN


Kemelut politik negara ketika ini dilihat semakin ke arah mencari keuntungan kepada parti politik tertentu berbanding mengutamakan rakyat, kata Naib Ketua Wanita KEADILAN, Faizah Ariffin.


Beliau memberi bayangan bahawa kemelut itu seolah-olah cuba untuk menyembunyikan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam soal menangani wabak Covid-19 sehingga berlaku peningkatan kes yang mendadak.


"Cakap-cakap kerajaan hari ini merupakan sebuah kerajaan prihatin dalam menjaga keselamatan dan kebajikan ketika melawan pandemik Covid-19 hanyalah omong kosong sahaja. Moratorium tidak lagi dilanjutkan dan dilihat lebih membantu talian hayat bank dan bukannya rakyat.


"Kerajaan semakin gagal mengawal penularan wabak ini yang kian mencecah 4 angka jumlah jangkitan harian. Ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah, kita berjaya mencatat angka 0 bagi jumlah jangkitan harian selama beberapa hari.


"Antara punca gelombang baru penularan wabak Covid-19 adalah dari kerana ketidaktetapan keperluan kuarantin pada prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada mereka yang baru pulang dari Sabah," katanya.


Malah, Faizah berpendapat bahawa kerajaan PN yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah hilang kredibiliti untuk mentadbir negara, berikutan permohonannya darurat ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong.


"Kerajaan hari ini dilihat hilang punca dan daya untuk memimpin negara dalam mendepani Covid-19 dan pemulihan ekonomi. Perdana Menteri telah diberi peluang untuk mengetuai kerajaan tetapi gagal.


"Datuk Seri Anwar amat relevan untuk diberi peluang dan ruang untuk memimpin kerajaan bagi memulihkan ekonomi rakyat dan negara kerana beliau merupakan tokoh pejuang kemiskinan sejak dari tahun 1974 dan pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia.


"Bukti jelas apabila indeks saham melonjak naik selepas Anwar mengumumkan mempunyai sokongan majoriti kukuh dan meyakinkan dengan jelas bermaksud pelabur asing dan tempatan amat berkeyakinan terhadap kepimpinan beliau," katanya.


Justeru, Faizah bersama Wanita KEADILAN berharap partinya dan gabungan PH dapat membentuk sebuah kerajaan yang benar-benar prihatin terhadap rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang.


"Dalam pembentukan kerajaan yang benar-benar dapat menjulang martabat rakyat, kita perlu tumpukan jalan kemenangan PRU-15 nanti, kita perlu pastikan rakyat menolak pengkhianat dan pengkhianatan," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page