top of page

Di persimpangan peralihan teknologi: Tarik bakat, pelaburan baharu - Rafizi



Negara berada di persimpangan peralihan teknologi pada Separuh Penggal Rancangan Malaysia (RMK) ke 12 dan satu kajian menyeluruh harus dibuat sebelum tahun 2026, yang mana RMK seterusnya akan dilancarkan.


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli dalam sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMK 12 di Putrajaya, petang tadi.


Menurut beliau, Malaysia perlu menarik masuk pelaburan di dalam sektor yang bernilai tinggi daripada pengurus dana asing


Katanya, jika dana asing tidak masuk maka dengan itu nilai ringgit akan jatuh, bursa saham rugi dan pelbagai implikasi buruk ekonomi akan berlaku.


"Wang ini dikawal oleh pelabur portfolio antarabangsa, sebelum dia buat keputusan di mana dia nak agihkan, dia tengok kedudukan makro sesebuah negara


"Sebab itu seperti 2 - 3 bulan kebelakangan ini kita tumpu industri baru bernilai tinggi. Kita beralih kepada yang berasaskan tenaga, bukan soal solar semata mata, ia sebenarnya soal industri bernilai tinggi pada masa hadapan. Kerana 2020 - 2021 pelaburan baru terbesar di dunia bukan lagi dalam bidang komputer tetapi bersabit peralihan tenaga.


"Mana mana negara yang terkehadapan dalam peralihan tenaga maka mereka akan menarik pelaburan," katanya.


Oleh kerana itu, menurut Rafizi, kerajaan sedang berusaha untuk menggandakan sasaran tenaga boleh diperbaharui negara sehingga 11 kali ganda kapasiti daripada yang ada pada hari ini


"Untuk itu berlaku, kita kena menggandakan kapasiti tenaga boleh perbaharui 11 kali ganda daripada sekarang sampai 2050, yang melibatkan projek baru RM637 biion.


"Kita harap pelaburan masuk. Kita akan menumpukan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hub kepada industri digital, kita telah semak dan kita yakin pilihan di antara Singapura dan KL sebagai start up hub rantau ini, sebenarnya KL boleh menawarkan lebih banyak daripada Singapura.


"Tetapi tentu lebih banyak yang kita perlu buat dan pastikan tenaga kerja kita ini boleh menampung dalam sektor digital," katanya


Rafizi turut menyebut Kuala Lumpur perlu menjadi antara 10 kota di dunia yang boleh menarik masuk bakat bakat (talent) baharu masuk dan memulakan perniagaan start up yang menjadi model utama perniagaan di negara maju pada waktu ini.


Oleh itu, katanya terdapat cabaran dari pelbagai sudut, termasuklah perancangan bandar yang perlu mengubah pembangunan sedia ada kepada projek pembangunan yang kalis cuaca


"Juga pengangkutan awam yang jauh lebih tinggi penggunaannya daripada sekarang. Supaya kerajaan dan rakyat dapat pulangan lebih baik dalam pelaburan MRT.


"Pelaburan pengangkutan bas juga perlu menghubungkan stesen MRT. Jika tidak, kerajaan sampai bila bila kena subsidi (MRT) yang tidak balik modal) dan ia melarikan dana untuk sektor lain," katanya.


Sebelum itu, Ahli Parlimen Pandan itu juga menyentuh mengenai perancangan kewangan negara dalam 5 tahun dan perlunya polisi subsidi untuk semua ketika ini dialihkan kepada polisi subsidi bersasar.


Katanya, perbelanjaan yang betul akan memastikan negara tidak lagi mewarisi defisit berterusan dan lebih banyak dana boleh dialihkan untuk pembangunan.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page