
Biar pun di kawasan pedalaman, 25 km dari bandar Beaufort para pengundi DUN Klias menunaikan tanggungjawab dengan keluar ke pusat pembuangan undi pada awal pagi.
Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Ysahrudin Kusni dalam tinjauannya ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Halogilat mendapati pusat mengundi di situ meriah sebagaimana di kawasan lain.

"Menjengah dua tempat pembuangan undi di kawasan pendalaman PDM Halogilat
"Dari bandar Beaufort sejauh 25KM ke Pusat Daerah Mengundi ini. Majoriti pengundi sudah ramai menjalankan kewajipan itu pada sebelah pagi.
"Turut bersama saya, YB Khuzzan dan Subramani Chami," katanya dalam catatan di Facebook.
Pengundi Sabah menunaikan tanggungjawab mereka pada hari ini.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya dalam kenyataan pada pukul 2.00 petang menyatakan jumlah keluar mengundi telah mencecah 54%.
Situasi Covid 19 yang membahayakan nyawa mungkin penyebab peratusan keluar mengundi agak rendah berbanding Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.