'Di negara lain Menteri gagal bukan potong gaji tetapi dipecat' - Rafizi



Sendaan Menteri Telekomunikasi dan Multimedia Datuk Seri Annuar Musa ke atas desakan rakyat agar gaji menteri dipotong kerana gagal mengawal inflasi dengan berkata “tidak ada negara yang berjaya turunkan inflasi selepas memotong gaji menteri” dibalas ungkapan keras Timbalam Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini.


Menurut Rafizi, sendaan Annuar itu menunjukkan sama ada sifat bongkak beliau sebagai Pengerusi Pasukan Khas “Jihad Tangani Inflasi” atau beliau terlalai bahawa layanan ke atas menteri yang gagal di negara lain lebih buruk daripada sekadar potong gaji.


"Beliau lupa di negara-negara lain, layanan kepada Menteri-menteri yang gagal menguruskan ekonomi sehingga menyusahkan rakyat adalah lebih keras dari potongan gaji. Ada yang dipecat, ada yang didakwa, ada yang dipenjarakan.


"Oleh itu, desakan agar Menteri mengambil potongan gaji bukanlah untuk mengurangkan harga barang. Ia perlambangan hasrat rakyat kebanyakan mengenai beberapa perkara berhubung kemelut kenaikan harga barang ketika ini," katanya dalam satu kenyataan.


Mantan Ahli Parlimen Pandan itu berharap rakyat akan terus mendesak agar Menteri dipotong gaji sehinggalah inflasi berjaya diturunkan.


Tanpa desakan sedemikian, katanya, Menteri akan lalai dan leka sehingga mengambil amsa yang terlalu lama untuk bertindak menyelesaikan sesuatu isu.


"Saya harap lebih ramai pimpinan masyarakat dan orang ramai meneruskan desakan agar Menteri mengambil potongan gaji untuk membentak kembali keangkuhan menteri seperti Annuar Musa ini.


"Jika tidak, mereka hanya akan mempengerusikan jawatankuasa demi jawatankuasa yang mengambil berbulan lamanya sebelum sesuatu keputusan konkrit dibuat. Setelah satu keputusan diambil, berbulan pula masa yang diperlukan untuk melaksanakan keputusan. Apabila keputusan hendak dilaksanakan, jawatankuasa yang lain pula ditubuhkan untuk mengkaji masalah yang sama.


"Kegilaan ini perlu dihentikan. Hanya melalui desakan rakyat yang kena kepada poket Menteri, barulah mereka berasa keutamaan untuk mengambil tindakan dengan segera," katanya.


Di samping itu, Rafizi juga menjustifikasikan desakan potongan gaji oleh rakyat itu sebagai satu isyarat bahawa Menteri telah gagal menjalankan tugas menguruskan ekonomi sehinga harga barang melambung.


Juga ketidakpekaan mereka kepada kepayahan yang dialami rakyat dan ianya satu bentuk solidariti bersama-sama rakyat.


Potongan gaji juga kata Rafizi akan menghantar isyarat bahawa Menteri juga tidak terkecuali daripada penjimatan yang diarahkan kepada penjawat-penjawat awam. Tiada guna jika peruntukan awam dipotong tetapi menteri-menteri tetap menikmati kemewahan yang sama.


Kelmarin, Annuar Musa mencabar pihak yang mencadangkan agar gaji anggota kabinet dipotong, agar menamakan negara yang berjaya menurunkan kadar inflasi setelah melaksanakan langkah berkenaan.


Bercakap kepada wartawan di Parlimen, beliau berkata walaupun gaji setiap menteri dipotong jumlah penjimatannya tidak cukup untuk mengubah keadaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER