top of page

Di mana ketelusan tender loji rawatan air di Kedah?



ADUN Suka Menanti, Datuk Zamri Yusuf mempersoalkan Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor berhubung penganugerahan tender Loji Rawatan Air (LRA) kepada Widad Group Berhad.


Beliau selaku bekas Exco Kerja Raya, Sumber Air, Bekalan Air dan Tenaga berkata, tender seharusnya diberikan kepada mereka yang layak, bukan mempunyai kepentingan tertentu.


"Adakah kontraktor dipilih berdasarkan kriteria kerana mereka membida dengan harga yang rendah. Proses tender ini melalui pilihan prasyarat yang cukup ketat dibuat tahun lepas.


"Malangnya bila MB Kedah komen, saya hairan kenapa dia mengeluarkan kenyataan dengan begitu terasa, seolah-olah takut dan tersinggung. Pertanyaan yang dibangkitkan cuma adalah sama ada telus atau tidak.


"Tetapi beliau menjawab dengan kelam kabut dan kenyataannya pun lari dari topiknya, sampai projek ini yang asalnya diuruskan oleh JKR sehinggakan dia salah sebut seolah JKR adalah penguasa atau pemilik projek," katanya.


Beliau juga menempelak tindakan Sanusi yang menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyebabkan kekeliruan dalam melaksanakan loji-loji tersebut.


"Kenyataan Sanusi seolah kerajaan PH membatalkan tender yang dikeluarkan oleh BN sebelumnya atau sengaja melewat-lewatkan projek ini. Ini tohmahan yang lari dari topik sebenar," katanya.


Zamri menjelaskan, projek itu mendapat dana dari kerajaan persekutuan, namun mendapati ia tidak mencukupi untuk membina loji-loji itu.


"Bila semak, yang ada kelulusan dana pinjaman kerajaan ketika itu diminta pada peringkat awal dengan nilainya RM500 juta, sedangkan dalam hasil perbincangan, kelima-lima loji memerlukan RM936 juta.


"Macam mana nak laksanakan segera bila kelulusan tak sama dengan anggaran, ini projek kerajaan bukan sama macam swasta kita start dulu dan cari duit kemudian," katanya.


Pada masa sama, beliau menjelaskan projek itu mengambil masa yang lama adalah disebabkan kos pengambilan tanah.


"Bila saya mempengerusikan mesyuarat ketika itu untuk isu reka bentuk, bukan sekadar tanah simpanan perlu terlibat, rupanya untuk bina setiap satunya perlukan pengambilan tanah dan ia perlu dilaksanakan supaya dapat tanah secukupnya untuk laksanakan loji.


"Paling beratnya, bukan sekadar pelan, pengambilan tanah itu sendiri melibatkan kos agak besar.


"Jadi pelan belum siap, anggaran dah ada, tapi kos pengambilan tanah belum ditentukan, dari mana dana untuk diguna pakai untuk membayar kos pengambilan tanah ini. Jadi boleh bayangkan kenapa tak boleh segerakan projek ini," katanya.


Katanya, kerajaan negeri PH juga melantik Jabatan Kerja Raya (JKR) dan bukan Syarikat Air Darul Aman (SADA) kerana kepakaran mereka.


"SADA operator air dan mereka perlu beri tumpuan khusus kepada bekalan air kepada lebih 500,000 pengguna Kedah. Jadi kalau mereka juga terlibat dengan projek loji ini, ia ambil masa 3 hingga 5 tahun, rugi masa.


"Jadi kita mengambil prinsip untuk tidak mengulangi kesalahan, laksanakan projek kerajaan negeri dengan sendiri, dengan melantik agensi pelaksana seperti lantik JKR yang pakar dalam isu melaksanakan tender.


"Kita mahu pastikan projek nilai besar yang melibatkan pinjaman dana kerajaan persekutuan ini harus telus, tidak mahu ada sebarang pembaziran dalam proses dan tidak mahu risiko kerugian dalam projek.


"JKR juga mampu menyemak semua dokumen wajib tender yang perlu ada, dan segalanya mesti mengikut peraturan perolehan," katanya.


Zamri juga berkata, pihaknya membuat rundingan dan perbincangan secara kerap dengan pelbagai kementerian terutamanya Kementerian Air dan Kementerian Luar Bandar.


"Alhamdulillah, kita dapat berunding dengan pihak kementerian untuk tidak melaksanakan kenaikan kepada tarif air, kita ada jalan keluar dan beberapa kaedah, tidak perlu naik tarif air.


"Selesai rundingan, majlis tandatangan dijadual pada bulan Mac 2020 tapi disebabkan PKP dan Covid-19, ia tertangguh dan berlaku pula perubahan kerajaan pada bulan Mei jadi itu kerajaan negeri adakan tandatangan dengan pihak lain.


"Jadi kita tidak ada niat melambatkan projek ini, kita bersungguh sungguh berusaha sebaik mungkin untuk kepentingan negeri," katanya.


Justeru, beliau berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dapat menyiasat penganugerahan tender kerajaan negeri Kedah untuk membina loji rawatan air.

تعليقات


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page