Di bawah Pas: Peluang pekerjaan kurang, jenayah meningkat di Terengganu



Pentadbiran Pas yang diharap rakyat Terengganu lebih baik berbanding BN telah hampir genap sepenggal.


Namun malangnya prestasi pemerintahan bukan bertambah baik, sebaliknya semakin buruk dan kehidupan rakyat terutamanya generasi muda amat terhimpit.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif, kekurangan pekerjaan sepanjang pemerintahan Pas boleh dibuktikan dengan penurunan kadar penyertaan tenaga buruh di negeri itu daripada 61.1% pada 2019 menurun kepada 59.4% pada 2020.


"Kadar pengangguran pula meningkat daripada 3.5% pada 2019 kepada 4.1% pada 2020.


"Jadi betul kah kerajaan Pas Terengganu beritahu ada sediakan 20,000 peluang pekerjaan (janji manifesto pilihan raya), atau temberang saja?" tanyanya.


Syed Mohamad juga mempersoalkan adakah kekurangan peluang pekerjaan itu sebagai penyebab langsung indeks jenayah negeri melonjak sepanjang pentadbiran Pas.


Katanya, cogankata kesejahteraan yang dibawa Pas telah tidak dirasai dengan peningkatan kadar jenayah tersebut.


"Sama ada kita suka dengar atau tidak, hakikatnya Jenayah Indeks di Terengganu meingkat dari 1,870 kes pada 2019 kepada 2,099 kes pada 2020, iaitu peningatan 12.2% di bawah pentadbiran Islam Pas yang melaungkan Maju, Berkat, Sejahtera. Pasti ada banyak yang tidak kena.


"Di mana sejahtera itu kalau jenayah meningkat? Atau peluang pekerjaan yang sebenarnya semakin mengecil di Terengganu," katanya lagi.


Sebelum ini, netizen mempertikaikan tindakan Exco Terengganu yang mengadakan majlis flag off menghantar tenaga kerja negeri itu ke kilang di Selangor sebagai ketidakupayaan kerajaan Pas menyediakan peluang pekerjaan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER