top of page

Di ambang Aidilfitri: Simpati hampir 1 juta pengguna air Kedah terganggu bekalan



Hari Raya Aidilfitri akan menjelma sama ada esok atau lusa. Namun bagi hampir sejuta pemegang akaun air Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA), Aidilfitri kali ini kurang bermakna apabila mereka berdepan gangguan bekalan air dan mungkin terpaksa menanti ketibaan lori tangki di lokasi lokasi tertentu.


Bagi Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Zamri Yusuf, tiada pihak lain yang boleh dipertanggungjawabkan melainkan Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan kerajaan Pas yang memerintah.


Katanya, sekiranya Sanusi bersungguh sungguh menyelesaikan isu bekalan air tersebut maka tempoh beliau memegang kuasa selama lebih 3 tahun pasti mampu menyelesaikan masalah tersebut.


"Dalam kita membuat persiapan menyambut 1 Syawal yang akan menjelma sama ada hari Jumaat atau Sabtu ini di bumi Kedah kita berkongsi simpati dengan hampir 1 juta pengguna air yang telah diberikan notis akan terjejas bekalan air pada musim perayaan kali ini.


"Dan kita tengok Menteri Besar Kedah ketika ini bukan nak cari solusi, bukan nak mencari faktor di mana menguruskan bekalan air dengan baik. Sebaliknya lebih suka untuk menuduh pihak lain, bahawa seolah olah kesemua kesalahan itu dilonggokkan kepada pihak yang lain.


"Sedangkan sistem bekalan air ini sangat penting diuruskan secara efisien. Jika diurus dengan baik tidaklah boleh menjejaskan (gangguan bekalan) sampai tahap ini," katanya dalam klip video di TikTok.


Zamri yang pernah menjadi Exco Kerja Raya, Sumber Air, Bekalan Air & Tenaga Kedah selama 2 tahun di bawah pemerintahan Pakatan Harapan berkata, krisis bekalan air tidak pernah menjadi sedemikian buruk pada 2018 dan 2019 lalu.


"Saudara saudari yang saya simpati ini, kita masih boleh ingat ketika 2018 apabila kita mewarisi krisis bekalan air yang berlaku sebelumnya.


"Pada 2017 dengan kadar sewa lori yang hampir RM7 juta, 2018 pun krisis itu agak masih berlaku di Kedah ini tetapi kita ambil pengajaran bila kita mentadbir Kedah, kita melihat di mana faktor sebenar (gangguan bekalan).


"Ini bukan (masalah) loji, bukan kapasiti, sebaiknya ia harus diurus dengan baik, efisien bekalannya," kata Zamri lagi.


Hampir satu juta daripada kira-kira 2.2 juta penduduk Kedah mengalami krisis bekalan air bersih menjelang sambutan Aidilfitri minggu ini.


Paling teruk terjejas dijangkakan di Daerah Kuala Muda, terutama kawasan sekitar Tanjung Dawai, Bedong, Merbok dan Sungai Petani, selain daerah Kota Setar di kawasan sekitar Kuala Kedah, yang selama ini sering mengalami gangguan bekalan.


Gangguan bekalan juga diramal berlaku di beberapa kawasan seperti Pendang, Kulim, Yan, Baling dan Sik

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page