top of page

Dewan Rakyat rakam takziah kepada mangsa bencana tanah runtuh di Batang Kali



Dewan Rakyat hari ini merakamkan ucapan takziah kepada mangsa tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor pada 16 Disember 2022.


Ucapan takziah itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun).


"Dewan ini amat terkesan dan sedih dengan kejadian yang melibatkan seramai 94 mangsa yang terdiri daripada warganegara

kita termasuk kanak-kanak dan warga asing. Sehingga kini, seramai 61 mangsa telah berjaya ditemui dan sebanyak 24 mangsa telah dijumpai meninggal dunia di tempat kejadian, manakala 9 lagi masih tidak dijumpai.


"Kerajaan juga telah umumkan bantuan segera kepada mangsa iaitu sebanyak RM1,000 kepada semua mangsa yang terselamat dan RM10,000 kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia," katanya.


Menurut Anwar lagi, berdasarkan maklumat NADMA, Pegawai Daerah Hulu Selangor dan PDRM selaku Komander Pos Kawalan Tempat Kejadian, hampir 700 anggota daripada 16 agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat serta pengurusan lain di tempat kejadian sebaik sahaja Pos Kawalan Tempat Kejadian dibuka sehingga ke hari ini.


"Dewan ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi penyelamat di Ground Zero utamanya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, RELA dan juga pasukan khas yang terdiri daripada pasukan SMART, STORM, MUST, PGA dan pasukan unit khas K9," katanya.


Dewan turut merakamkan Sembah takzim Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang berkenan berangkat meninjau pusat operasi.


Begitu juga dengan rakan-rakan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan dan semua yang turun padang memberikan

khidmat kepada seluruh operasi.


Sehubungan itu, katanya, Pihak Berkuasa Tempatan diarah untuk memantau dan mempertingkatkan keselamatan di tapak-tapak peranginan di negeri masing-masing.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page