top of page

Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 12, 2024
  • 1 min read


Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian 2024 diluluskan di Dewan Rakyat pada Rabu.


Diluluskan secara undian belah bahagi, RUU itu bertujuan meningkatkan dan menggalakkan keselamatan dalam talian di Malaysia dengan mewajibkan syarikat pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen melaksanakan langkah mengurangkan risiko kandungan memudaratkan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ketika menggulung perbahasan RUU itu menjelaskan, RUU itu bertujuan untuk menegakkan keadilan, mengukuhkan akauntabiliti, dan memastikan bahawa teknologi digunakan dengan cara yang positif dan bertanggungjawab.


Dengan mengambil kira kemajuan teknologi telekomunikasi dan persekitaran dalam talian yang lebih mencabar serta berbahaya, justeru tegasnya, ada keperluan supaya undang-undang itu diwujudkan.


"Dengan pengguna berpuluh juta, duit berbilion ringgit, takkan (syarikat penyedia) nak berniaga untung sahaja...mereka masuk wilayah kita, kena ada tanggungjawab," katanya dipetik.


Selain melaksana langkah mengurangkan kandungan memudaratkan, RUU itu turut mengandungi peruntukan bagi kewajipan syarikat terbabit menyediakan garis panduan kepada pengguna.


Selain itu pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen juga perlu menyediakan mekanisme bagi pengguna melaporkan kandungan yang dipercayai memudaratkan.


Sebagai rekod, setakat Januari 2024, Malaysia dianggarkan mempunyai 28.68 juta pengguna media sosial bersamaan dengan 83.1 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi negara.


Azalina pada September lalu memberi jaminan RUU baharu ini tidak akan menyekat kebebasan bersuara, sebaliknya memastikan keseimbangan dalam hak bersuara termasuk tidak melakukan sebarang kesalahan yang tertakluk di bawah undang-undang negara.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page