top of page

Dewan Rakyat lulus RUU Antibuli 2025

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read
ree

Dewan Rakyat pada Rabu meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025 bertujuan mewujudkan persekitaran pendidikan yang lebih selamat dan bebas buli.


Diluluskan dengan lebih suara bersetuju, RUU itu antara lain memperkenalkan mekanisme khusus untuk menerima aduan, mencegah serta menguruskan insiden buli di institusi pendidikan dan institusi lain yang ditetapkan.


Selain itu, sebuah tribunal antibuli bakal ditubuhkan sebagai badan berbidang kuasa sivil bagi mendengar dan memutuskan aduan berkaitan kes buli, sekali gus menyediakan laluan penyelesaian yang lebih cepat, adil dan berstruktur.


Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar), pelaksanaan RUU tersebut akan terpakai bagi golongan berusia 18 tahun ke bawah.

"Saya berdiri di sini memberi komitmen, jika diizinkan Allah, tahun depan kita akan menilai keberkesanan RUU ini bagi kumpulan bawah 18 tahun, dan pada 2026 kita akan mengkaji perluasan pelaksanaan kepada mereka berusia 18 tahun ke atas," katanya ketika menggulung perbahasan RUU itu semalam.


Sementara itu tambah Azalina, tribunal yang bakal diwujudkan boleh mengeluarkan perintah terhadap responden, atau bagi responden kanak-kanak, ibu, bapa atau penjaga, untuk membayar pampasan atau ganti rugi sehingga RM250,000 bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami mangsa akibat buli.


Pendekatan ini bersifat pencegahan kerana tanggungjawab terhadap tingkah laku anak-anak tidak boleh diletakkan sepenuhnya pada pihak sekolah atau guru, jelasnya.


"Jika ibu bapa mengetahui mereka turut boleh dikenakan ganti rugi atas kelakuan anak yang tidak bertanggungjawab, saya melihat ini boleh berfungsi sebagai langkah pencegahan," katanya.


Selain itu, RUU berkenaan juga membolehkan tribunal mengarahkan ibu bapa atau penjaga hadir bersama responden kanak-kanak ke sesi kaunseling atau program sokongan keibubapaan yang disediakan oleh agensi kerajaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page