top of page

Dewan Rakyat lulus belanjawan mini RM107.7 bilion



Dewan Rakyat meluluskan peruntukan khas (bajet mini) bernilai RM107.7 bilion bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan setelah ia dibentangkan dan diluluskan melalui undi suara setelah bacaan kedua dan ketiga pada Selasa.


Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan usul dibawah Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul anggaran perbelanjaan pembangunan sementara 2023 itu berkata tanpa kelulusan bajet sementara itu, kerajaan tidak dapat berfungsi.


Selain itu, katanya, perkhidmatan asas seperti bekalan ubat di hospital, pemberian makanan di sekolah, bantuan kebajikan serta pelbagai bantuan lain juga tidak dapat disediakan.


Beliau sebelumnya turut mencadangkan sejumlah RM31,834 juta baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) serta RM3,211 juta daripada Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) bagi 2022 dipindahkan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan.


Perdana menteri itu turut dijadual mencadangkan sejumlah RM16,200 juta baki wang MGII bagi 2022 dipindahkan ke Kumpulan Wang Covid-19 mengikut Seksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Seksyen 4(2) Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) 2020.

Susulan keputusan hari ini, Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelaniaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2023.


Akta itu antara lain akan membenarkan perbelanjaaan dikeluarkan dari Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023 antaranya termasuk bagi tujuan pembayaran emolumen penjawat awam.


Kelulusan emolumen itu penting bagi memastikan tiada kebimbangan dalam kalangan penjawat awam berhubung gaji, berikutan Bajet 2023 masih belum diluluskan

Anwar sementara itu turut mencadangkan RM55,959,213,200 dikeluarkan dari Kumpulan Wang Pembangunan bagi 2023 untuk perbelanjaan segera, sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 diluluskan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page