Dewan Negeri Selangor lulus Rancangan Selangor Pertama (RS1)



Dewan Negeri Selangor (DNS) meluluskan usul Rancangan Selangor Pertama (RS1) 2021-2021 bernilai RM212.44 bilion selepas Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menggulung perbahasannya semalam.


Usul RS1 dibentangkan pada 27 Julai lalu dengan mengariskan beberapa teras penting pembangunan termasuk kebajikan rakyat dan pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar.


Pelan pembangunan itu juga menumpukan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri dan memberi tumpuan kepada 9 sektor.


"Dalam buku RS-1 muka surat 198 hingga 205, telah disiapkan tempoh draf dan rantaian bagaimana proses pelaksanaan daripada pembuatan dasar di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor kepada jawatankuasa diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kepada sektor-sektor.


"Untuk ekonomi dikendalikan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), sosial diketuai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), kelestarian alam sekitar diurus pengarah UPEN manakala tadbir urus pula diurus bahagian pengurusan SUK," katanya dalam hujah penggulungan.


Dalam hujah penggulungan juga Amirudin menegaskan pelan pembangunan itu akan dilaksanakan setelus mungkin yang akan menjamin pemisahan kuasa dan tiada campurtangan politik.


"Kita percaya kepada pemisahan kuasa, kita akan pisahkan kuasa antara eksekutif dan legislatif dan dari situlah dapat dipraktikkan langkah terbaik serta rujuk apakah pelaksanaan projek.


"Kalau tak cukup, gunakan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang) Negeri atau Selcat untuk semak perkembangan RS1 dan ADUN mempunyai kebebasan dan kuasa penuh berbanding duduk di dalam eksekutif yang sedikit sebanyak bertentangan dengan semangat pemisahan kuasa," katanya lagi.


Seramai 28 orang Ahli Dewan Negeri terlibat dalam perbahasan tersebut yang bermula pada Khamis minggu lalu.


Undian dibuat secara kutipan suara dan Speaker DNS, Ng Suee Lim mengumumkan RS1 diluluskan.


RS1 merupakan pelan pembangunan di peringkat negeri yang pertama dilancarkan di Malaysia. Pelan ini memberi tumpuan kepada Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) dan Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) selain pertumbuhan ekonomi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER