top of page

Dewan Negeri Selangor bubar 23 Jun




Dewan Negeri Selangor (DNS) bubar pada Jumaat ini, 23 Jun 2023.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah pun mendapat perkenan pembubaran DNS selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pagi ini.


Langkah itu akan memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran diwartakan.


Dewan Negeri Selangor mempunyai 56 kerusi dengan 41 milik Pakatan Harapan (PH), 5 Barisan Nasional (BN); 7 Perikatan Nasional (PN) dan 3 Pejuang selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 lalu.


Empat negeri lain juga telah mengumumkan tarikh pembubaran DUN. DUN Kedah dijangka dibubarkan pada 28 Jun, Kelantan 22 Jun, Negeri Sembilan 28 Jun dan Pulau Pinang 30 Jun.


Hanya Terengganu yang masih belum mengumumkan pembubaran DUN. Bagaimanapun keenam enam negeri dijangka akan mengadakan pilihanraya pada tarikh sama bagi memudahkan rakyat keluar mengundi.


0 comments

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page