top of page

Dewan Negara: SJKP beri 86.43 peratus belia miliki rumah

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Dec 7, 2023
1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan sebanyak 26,645 daripada 30,841 permohonan pinjaman di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) diluluskan bagi golongan belia.


Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kelulusan sebanyak 86.43 peratus itu bermula sepanjang 2008 hingga 30 September 2023.


"Antara inisiaitif yang telah disediakan adalah melalui inisiatif i-Biaya di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SKJP) kerajaan memberi jaminan had pembiayaan sehingga RM500,000 termasuk jumlah pembiayaan pokok, Jaminan Tempoh Pengurangan Gadai Janji (MRTT).


"Pembiayaan ini untuk pembeli rumah pertama termasuk belia yang tidak mempunyai pendapatan tetap, atau penyata gaji seperti ekonomi Gig," katanya pada sidang Dewan Negara hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Tan Sri Mohamed Haniffa Abdullah mengenai strategi dan langkah KPKT untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan belia.


Jelasnya, di bawahnya inisiatif SKJP kerajaan menyediakan RM5 bilion nilai pinjaman kepada pemohon bagi pemilikan rumah.


"Manakala, dalam Belanjawan 2024, kerajaan bersetuju untuk meningkatkan jaminan pembiayaan dengan nilai tambahan jaminan sehingga RM10 bilion," ujarnya.


Katanya, sehingga 31 Oktober 2023 sebanyak 162 Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah siap dibina dengan jumlah 100,696 unit rumah.


"Sebanyak 18 projek PPR merangkumi dua projek PPR disewa dan 16 projek PPR Sewa-Untuk-Milik (RTO) adalah di bawah seliaan KPKT," jelasnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page