top of page

Dewan Negara lulus RUU Perkhidmatan Parlimen 2025

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 21
  • 1 min read

ree

Dewan Negara pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan RUU itu bagi bacaan kali kedua untuk dibahaskan


Ketika penggulungannya Azalina menjelaskan, RUU itu mengandungi 15 fasal berbanding hanya lapan fasal dalam Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang dimansuhkan pada 1992.


"Fasal yang sangat penting dalam RUU ini ialah Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) di bawah Fasal 10 yang boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana difikirkan perlu atau sesuai untuk membantu MPP melaksanakan fungsinya," katanya dipetik.


Sementara itu beberapa Ahli Dewan menyambut baik usaha kerajaan mengembalikan Parlimen menjadi sebuah institusi bebas dan berdaulat menerusi Rang Undang-Undang tersebut.


Mereka berpendapat, Malaysia akan dapat memantapkan lagi pengasingan kuasa antara perundangan, kehakiman dan eksekutif.


Terdahulu, Dewan Negara turut meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 yang menjadi asas kepada penggubalan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 selepas Akta Perkhidmatan Parlimen dimansuhkan pada 1992.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page