top of page

Dewan Negara lulus RMK13 tanpa sebarang pindaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 4
  • 1 min read
ree

Dewan Negara pada Rabu meluluskan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) tanpa sebarang pindaan.


Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah ketika mempengerusikan mesyuarat berkata, usul berkenaan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 25 Ogos lalu diluluskan sebulat suara oleh ahli Dewan Negara.


Sesi perbahasan disertai 43 ahli Dewan Negara yang berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Ogos la


Seterusnya, sesi penggulungan RMK-13 bermula Selasa membabitkan 13 menteri serta timbalan menteri dan disambung semalam oleh 15 kementerian.


Penggulungan terakhir dibuat Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (gambar) yang menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi.


RMK13 ialah pelan pembangunan negara untuk tempoh 2026 – 2030 dan akan menjadi rancangan lima tahun terakhir sebelum Malaysia melangkah ke arah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).


Ia bakal menumpukan kepada lima teras utama iaitu pertumbuhan ekonomi hijau dan digital, kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar, pembangunan wilayah seimbang serta kerajaan berdaya tahan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page