Dewan Negara lulus pindaan RUU Sewa Beli 2025
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Dewan Negara pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang Sewa Beli (Pindaan) 2025 (RUU), yang antara lain bagi membolehkan penggunaan teknologi baharu dalam memeterai perjanjian sewa beli sesuai peredaran masa.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) ketika penggulungan perbahasan bagi RUU itu berkata, pindaan antaranya mengiktiraf tandatangan digital, dokumen elektronik dan kaedah pengesahan digital sebagai sah di sisi undang undang untuk perjanjian sewa beli selaras dengan Akta Tandatangan Digital 1997 (Akta 562).
"Melalui pindaan ini, kedua kaedah tandatangan baharu tersebut termasuk penyerahan dokumen secara automatik dan elektronik akan dibenarkan penggunaannya sebagai option tambahan daripada kaedah fizikal yang ada.
"Pengguna yang masih belum selesa dengan kaedah moden ini masih boleh meneruskan urus niaga se beli menggunakan kaedah tradisional," katanya dipetik.
RUU tersebut diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan 11 Ahli Dewan.
Sementara itu pindaan juga memansuhkan kaedah Peraturan 78 sekaligus memberi manfaat kepada peminjam yang sebelum ini memilih kaedah pinjaman sewa beli kadar tetap.
Di bawah undang-undang baru, faedah akan dikira berdasarkan baki semasa pinjaman — memberi peluang penjimatan terutama bagi mereka yang mahu menyelesaikan kontrak lebih awal.
"Penjimatan yang dinikmati akan lebih tinggi sekiranya mereka memilih untuk menyelesaikan kontrak sewa beli pada peringkat awal tempoh pinjaman kerana peratusan sebelum ini menetapkan faedah bayaran lebih tinggi pada wal tempoh pinjaman," kata Dr Fuziah.









Comments