top of page

Desak Parlimen dibuka semula bukan sikap "binatang politik"

Updated: Jul 22, 2021


Kecaman Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na'aman ke atas pihak yang mahu Perdana Menteri Mahiaddin Yassin meletak jawatan sekiranya gagal membenarkan sidang Parlimen dijalankan sebagai "binatang politik" adalah tidak bertanggungjawab.


Menurut Naib Ketua KEADILAN Cabang Jasin, Shukur Rassal, sebaliknya sikap menghalang sidang Parlimen sebagaimana yang ditunjukkan oleh pemimpin kerajaan Perikatan Nasional itu adalah tindakan yang tidak berperlembagaan dan anti demokrasi.


"Kenyataan yang mengaitkan ahli politik mendesak Parlimen dibuka merupakan binatang politik yang diucapkan oleh Ahli majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na Aman adalah biadap dan buta fakta


"Mendesak supaya sidang Parlimen diadakan bukanlah satu kesalahan malah ia adalah satu tindakan yang betul mengikut Perlembagaan. Sebaliknya menghalang daripada Parlimen bersidang merupakan sikap binatang politik, iaitu satu kesalahan mencemar prinsip demokrasi Raja Berpelembagaan yang selama ini menjadi payung rakyat Malaysia


Shurkur Rassam

"Dengan menutup serta tiada keberanian memanggil sidang, ia membuktikan kerajaan PN tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen. Kerajaan ini bukanlah kerajaan yang mewakilli sokongan rakyat," kata Shukur dalam satu kenyataan.


Menurut Penyelaras DUN Serkam itu lagi, sikap enggan membenarkan sidang Parlimen seolah-olah menyanggah keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja yang bertitah agar pembukaan Parlimen dilakukan seberapa segera bertujuan membincangkan undang-undang yang dibuat sepanjang era pemerintahan darurat dan mencari solusi menangani jangkitan pandemik Covid 19.


"Sebagai ahli politik dan pemimpin yang bertanggungjawab Muhammad Faiz sewajarnya merasa malu kerana berada dalam pasukan kerajaan PN yang tertubuh melalui cara 'tebuk atap' dan terbukti gagal dalam mengurus pentadbiran negara, khususnya dalam menangani penularan Covid 19


"Janganlah menjadi pemimpin bacul dan pondan. Sebagai kerajaan yang prihatin dan sayangkan rakyat, hendaklah segera kembalikan kuasa Parlimen serta sentiasa mengambil berat dan segera mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang timbul.


"Saya berharap agar Parlimen segera dibuka dan pemasalahan rakyat dapat dibawa ke sana untuk dibahaskan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page