top of page

'Derma politik tiada masalah, beri derma untuk dapat projek salah'



Undang undang negara memperakui parti politik boleh menerima derma dan pemberian derma politik tidak salah.


Bagaimanapun menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, derma yang dilakukan dengan imbalan projek kerajaan kepada syarikat tertentu dan sebagainya adalah menyalahi undang undang.


"Yang dikaitkan dengan pendakwaan sebelum ini (pemimpin Bersatu) ialah pendakwaan terkait dengan kontrak diberikan. Jadi kalau cadangan ada permasalahan atau kekhuatiran, bahawa ada unsur rasuah dalam derma kepada parti KEADILAN, itu boleh dibangkitkan, saya tidak ada masalah bab itu.


"Cuma soalnya kena faham undang undang, tidak ada percanggahan dari sudut undang undang untuk mana mana orang derma kepada parti politik.


"Yang dikaitkan adalah soal kepentingan atau unsur rasuah kerana pemberian kontrak dan orang yang memberi kontrak itu, sama ada dikehendaki atau secara apa jua maksudnya, memberikan dana kepada syarikat individu, atau individu atau parti yang dikaitkan dengan individu berkenaan," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas - Rantau Panjang) sama ada berlakunya pendakwaan terpilih dalam pendakwaan ke atas 2 tokoh utama pembangkang daripada PN baru baru ini.


Berkenaan pertanyaan adakah hanya pembangkang yang disiasat berhubung derma politik dan apakah ahli politik kerajaan menerima nasib sama, Anwar mengesahkan terdapat siasatan dilakukan terhadap ahli politik kerajaan.


"Saya tidak tahu khusus tetapi saya dimaklumkan memang ada siasatan yang melibatkan pembangkang dan blok kerajaan. Saya tidak tahu jawatan dan sebagainya kerana ada soalan ini, saya hanya bertanya kepada pihak penguatkuasaan dan mereka sahkan ada siasatan. Sama ada pendakwaan dijalankan atau tidak, serah kepada Jabatan Peguam Negara


"Tentang siasatan dana politik (kepada sesiapa sahaja) saya terbuka tiada masalah," katanya mengakhiri sesi tanya jawab PM di Dewan Rakyat sebelah pagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page