top of page

Derma peralatan dapur untuk mangsa banjir

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 30, 2021
  • 1 min read


Pusat Khidmat Parlimen Wangsa Maju menganjurkan kutipan derma peralatan rumahtangga kepada mangsa banjir pertengahan Disember lalu.


Menurut Pegawai Khas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Andre Lai, pusat khidmat berkenaan menerima barangan terpakai dari pelbagai jenis.


"Jika anda mempunyai peralatan dapur seperti periuk dan kuali, pinggan mangkuk atau peralatan elektrik rumah yang tidak perlukan lagi, sila dermakan kepada mangsa banjir


"Hampir kesemua barangan dan peralatan rumah mereka hanyut atau musnah. Mereka memerlukan kos yang tinggi untuk membeli peralatan baru.


"Sumbangan anda akan dapat membantu mereka kembali bangkit kepada kehidupan normal mereka," katanya.


Sumbangan diperlukan:


1) Tilam atau Toto

2) Bantal

3) Selimut

4) Tuala Mandi

5) Pampers

6) Peralatan pinggan mangkuk

7) Peralatan masak (Kuali, Dapur Memasak, Utensil)

8) Barangan Elektrik (Cerek Elektrik, Seterika, Periuk Nasi)


Sumbangan boleh diserahkan sebelum Sabtu ini ke: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Wangsa Maju, 20-2 Blok B, Platinum Walk, Taman Danau Kota 53100 Kuala Lumpur.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page