top of page

Derma organ bukan 'urusniaga', pemimpin PN perlu minta maaf



Naratif yang dibangunkan oleh pemimpin Perikatan Nasional (PN) susulan video tular mendakwa seorang individu yang kesempitan wang mahu menjual buah pinggang dianggap amat tidak bertanggungjawab.


Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Chua Wei Kiat, naratif yang dijaja oleh Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal itu didapati hanya merendah rendahkan sikap menderma organ dalam kalangan rakyat Malaysia.


"Ahli Parlimen PN Wan Ahmad Fayhsal telah “mencipta cerita rakyat terpaksa menjual buah pinggang” untuk meraih sokongan dalam isu (pengeluaran caruman) KWSP.


"Kenyataan tersebut memberi bayangan negatif kepada orang umum tentang tindakan derma organ dan menafsirkannya sebagai satu “urus niaga”. Padahal tindakan tersebut (derma organ) adalah secara sukarela, maka PN harus insaf dan mohon maaf secara terbuka kepada pesakit dan penderma organ.


"Di samping itu Wan Ahmad Fayhsal harus tahu tindakan menjual organ adalah salah di sisi undang-undang. Sekiranya dia masih kekal dengan pendirian itu, saya cabar dia lapor kepada pihak berkuasa (ke atas individu mahu jual organ), bukan setakat guna kes tersebut untuk 'mileage politik'," katanya dalam kenyataan hari ini.


Bagi Wei Kiat, Wan Ahmad Fayhsal telah secara tanpa sedar menghina pesakit dan penderma organ serta mensabotaj usaha kerajaan menggalakkan rakyat mendaftar sebagai penderma organ.


Katanya susulan kenyataan Ahli Parlimen tersebut, seorang pengguna TikTok telah mohon maaf atas isu ingin menjual buah pinggang demi kelangsungan hidup.


"Ini bukan kali pertama wakil rakyat main isu berkaitan hal kesihatan untuk “mileage politik “, Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali mendakwa menu Rahmah boleh menyebabkan autisme, akhirnya mohon maaf.


"Umum tahu PN tidak berniat untuk menjadi pembangkang yang efektif, mereka hanya fokus main sentimen rakyat dari segi agama, bangsa dan sebagainya.


"Tapi apa yang berlaku mengenai dakwaan menjual buah pinggang jelas keterlaluan, dan menyinggung perasaan penderma organ serta pesakit yang menunggu organ baru untuk meneruskan kehidupan," katanya.


Ahli Dewan Negeri Rawang itu berkata, tindakan pemimpin PN berkenaan akan menyukarkan lagi kempen derma organ dalam kalangan rakyat di negara ini.


Pada waktu ini, kata Wei Kiat, Kementerian Kesihatan agak kecewa dengan kadar derma organ kerana Malaysia mencatat antara 10 negara yang terendah di dunia.


Manakala data daripada Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN) pada 27 Julai tahun lepas pula mencatat sebanyak 10,357 pesakit sedang menunggu derma pelbagai organ utama selepas kematian penderma. 10,261 kes daripadanya sedang menunggu untuk menerima buah pinggang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page