top of page

Derma darah sempena Bulan Kemerdekaan di Pulau Pinang


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menyeru orang ramai, khususnya di Pulau Pinang untuk menderma darah sempena bulan kemerdekaan.


Menurut beliau, Hospital Besar Pulau Pinang telah memaklumkan berlaku kekurangan bekalan darah buat masa ini.


"Saya mengambil kesempatan untuk mendermakan darah sebagai tanda cinta akan tanah airku.


"Mengikut pegawai Hospital Besar Pulau Pinang, blood bank sekarang pada tahap rendah. Penang memerlukan 500 beg darah seminggu.


"Bulan Kemerdekaan ini, kita menunjukkan kesetiaan kepada negara dengan semangat #KitaJagaKita," katanya.


Menurut Pengarah Strategi KEADILAN itu lagi, bersama beliau sebanyak 168 orang daripada berbilang kaum bersama-sama Menjayakan Program Derma Darah di Tesco Extra jalan Sungai Dua untuk memenuhi keperluan bank darah di Hospital Besar Pulau Pinang, baru-baru ini.


"Walaupun kita berlainan keturunan tetapi darah kita sama. Semoga semangat kebangsaan yang membara ini terus menyuburkan perpaduan kaum di negara kita.


"Darah walaupun setitis dapat menyelamatkan nyawa seseorang," kata Sim lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page