Dengar keluhan, kritikan guru demi masa hadapan pendidikan negara



Tindakan tatatertib bakal diambil ke atas seorang guru yang mengkritik mata pelajaran, kaedah mengajar dan silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di media sosial terus mendapat solidariti pelbagai kalanga.


Tidak ketinggalan Naib Presiden KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad bersolidariti terhadap cikgu Mohd Fadli Salleh yang menerima surat tindakan tatatertib dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru baru ini


"Saya percaya para guru hanya mahukan yang terbaik untuk masa hadapan anak-anak kita. Sebagai seorang bapa, saya sering melihat guru-guru berkorban untuk memastikan anak-anak saya mendapat pendidikan yang terbaik di sekolah.


"Kita baru dikejutkan dengan berita cikgu Mohd Fadli menerima surat tindakan tatatertib kerana beliau dikatakan telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang dianggap telah melanggar tatakelakuan," katanya.


Bagi pertuduhan pertama, kata Nik Nazmi, Mohd Fadli telah membuat hantaran di media sosial pada 26 November 2021 berhubung jadual waktu dan mata pelajaran yang diajar yang terlalu padat di sekolah rendah.


Untuk pertuduhan kedua, Mohd Fadli telah memuat naik hantaran di platform yang sama pada 30 November 2021 mengenai subjek tidak realistik yang diajar pada murid Tahun 1 di sekolah rendah.


Pertuduhan ketiga pula, Mohd Fadli pada 29 November 2021 dalam sesi Facebook live mengatakan banyak silibus mengarut diajar di sekolah.

"Saya percaya kritikan-kritikan yang dilontarkan oleh cikgu Fadli bukanlah kritikan yang tidak berasas, sekiranya kita bertanya secara rawak kepada guru-guru dengan tanpa sebarang tekanan, sudah tentu ramai guru akan mengemukakan pandangan yang sama.


"KPM seharusnya lebih terbuka dalam menerima kritikan-kritikan yang dilontarkan oleh para guru. Para guru adalah mereka yang melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh KPM, sudah tentu mereka lebih mengerti tentang apa yang berlaku di lapangan," katanya.


Ahli Parlimen Setiawagsa itu berharap cikgu Fadli akan mengemukakan representasi dan diadili dengan telus oleh KPM.


"Saya dikhabar beliau juga akan membawa hal ini ke Mahkamah. Solidariti untuk Cikgu Mohd Fadli," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER