top of page

Dengan jasa besar di Port Dickson, kita yakin DS Anwar menang di Tambun, kuasai Perak




Jasa mantan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenang selamanya oleh para pengundi dan akan dibekalkan doa untuk bertarung di medan baharu, parlimen Tambun, Perak.


Hal itu diungkapkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Amiruddin Harun dalam ceramah Jelajah Harapan Negeri Sembilan, malam tadi.


Menurut MB, kesan besar yang beliau lihat selama 4 tahun Anwar menjadi Ahli Parlimen Port Dickson ialah pembangunan rakyat semakin baik di kawasan tersebut dan rakyat terpingir benar benar terbela.


"Jeti nelayan sebekum ini tak ada LPS, nak repair tak boleh. Datuk Seri panggil saya minta bagi LPS kepada jeti nelayan. Hari ini nelayan mudah dapat peruntukan Kerajaan Persekutuan.


"Kita jaga nelayan, kita tahun ini pertama kali kita lancarkan injen khusus untuk nelayan Port Dickson.


"Ini permintaan dari Anwar. Tadi saya di Chuah menyelesaikan tuntutan tanah puluhan tahun tak selesai. Ada orang dah dapat geran, ada sebahagian tak dapat, mereka mengadu kepada Anwar, saya. Jadi 8 orang susah hari ini mereka dapat geran tanah.


"Anwar pernah hubungi saya, pelajar Negeri Sembilan masuk universiti tak cukup makan. Makan mee segera malam baru boleh makan nasi. Bagaimana mereka nak maju belajar. Anwar telefon lakukan sesuatu untuk anak Negeri Sembilan. Ketika itu yayasan baru kita ambil alih, duit tak ada.


"Saya luluskan RM100 sebulan, dan sekarang RM150 selama 12 bulan. Hari ini Yayasan Negeri Sembilan bukan sahaja ada duit tetapi sekarang ada tunai RM12 juta.


"Inilah pemimpin yang sentiasa fikirkan masalah rakyat," katanya.


Amirudin berkata, hal itu tidak berlaku dalam kalangan pemimpin BN yang bukan sahaja kurang menjaga kebajikan rakyat, malah wang negara berbilion ringgit diambil jadi milik peribadi.


"Anwar tak pernah minta seinci tanah pun kepada Kerajaan Negeri. Kalau minta tak kan saya tak beri. Tetapi kalau tengok pimpinan lain ratus juta, bilion mereka ambil.


"Datuk Seri di mana sahaja beliau bertanding kita doakan menang besar dan kali ini dapat dinobatkan sebagai Perdana Menteri kita.


"Menjelang PRU makin hampir, kita kena pastikan Port Dickson dan seluruh parlimen di Negeri Sembilan ini menyumbang (kerusi). Saya rakamkan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri di Port Dickson," katanya.


Beliau berharap pengundi Port Dickson faham keperluan Anwar beralih ke Tambun bagi mendapatkan kekuatan politik yang lebih baik buat Pakatan Harapan.


"Kita kena faham kenapa Datuk Seri ke Tambun dan kita yakin bukan sahaja menang di peringkat parlimen tetapi kali ini kita menang di DUN di perak, InshaAllah.


"Saya yakin Datuk Seri selesa di PD tetapi kerana perjuangan Datuk Seri terpaksa korbankan. Kita yakin PH akan dapat sebuah negeri lagi (Perak)," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page