top of page

Denda RM10,000 langgar SOP: Apakah nasib pelanggan kedai tiada telefon pintar?



Penguatkuasaan kadar kompaun baharu RM10,000 bagi sesiapa yang melanggar Prosidur Operasi Standard (SOP) Covid 19 sangat membebankan.


Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, kompaun setinggi itu menimbulkan keresahan kepada penduduk di kawasan Parlimen beliau, rata-ratanya warga emas dan masyarakat luar bandar.


Malah katanya, ada warga yang tidak mempunyai telefon pintar untuk mengimbas kod QR MySejahtera dan mereka terdedah dikompaun jika masuk ke kedai membeli barang keperluan.


"Hari ini, saya banyak terima rungutan dari warga Bayan Baru tentang kompaun RM10,000. Duduk kedai kopi sekejap sudah 2, 3 orang datang mengadu. Rata-rata kata mereka kompaun ini terlalu tinggi.


"Kompaun baru ini menimbulkan banyak keresahan. Banyak pertanyaan daripada peniaga kecil.


"Ramai yang tak ada smartphone dan handphone. Apakah nasib mereka (bolehkah masuk ke kedai)? Kena kompaun RM10,000 jugakah?" tanyanya.


Menurut Pengarah Strategi KEADILAN itu, tidak wajar kerajaan mengenakan kompaun sebegitu tinggi sewaktu rakyat kehilangan pekerjaan atau dalam keadaan dipotong gaji seperti sekarang


Justeru, beliau menggesa kerajaan Perikatan Nasional segera memanggil sesi Parlimen untuk membincangkan perkara berkenaan, bukannya meluluskan undang-undang tanpa perbahasan.


"Mengikut satu kajian beberapa tahun lepas, 60% rakyat tidak berupaya mengeluarkan RM1,000 untuk kecemasan. Dalam keadaan pandemik, ramai hilang pekerjaan, gaji dipotong. Nak keluar 10,000 macam mana?


"Tahun lepas, Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan telah memasukkan usul di Parlimen memotong kompaun RM1000. Jika Parlimen bersidang, kami akan masukkan usul memotong kompaun yang cukup membebankan ini.


"Malangnya, kerajaan Muhyiddin tidak berani memanggil Parlimen. Suara rakyat tidak dapat didengari menteri-menteri berkuasa. Itu sebab, Parlimen harus bersidang dengan segera," katanya lagi.


Kaedah kompaun baharu yang tular di media sosial merisaukan peniaga kerana dikenakan ke atas pelanggan kedai yang tidak mengimbas MySejahtera. Sebelum ini, sesiapa yang tiada telefon pintar boleh mengisi data di buku yang sediakan.


Timbul kekhuatiran mengenai perubahan SOP yang mewajibkan imbasan kod QR sebelum memasuki premis.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page