top of page

Demonstrasi di Myanmar masuk hari kelima, semakin merebak



Meskipun sehari sebelum Tahun Baharu Lunar namun suasana tunjuk perasaan anti junta tentera di Myanmar tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda, malah semakin merebak ke beberapa buah bandar utama.


Tunjuk perasaan yang bermula pada Sabtu lalu di bandar terbesar Yangon dan Mandalay terus-menerus berlangsung setiap hari dengan saiz yang bertambah besar.


Pada peringkat awal polis pencegah rusuhan masih mampu menyuraikan demonstran di tengah pusat bandar Yangon.


Namun perkembangan sejak dua hari lalu, polis pencegah rusuhan tidak lagi bertempur dengan sebahagian besar penunjuk perasaan.


Menurut agensi berita Channel News Asia, tunjuk perasaan turut disertai kakitangan awam yang menganjurkan kempen 'abaikan perintah junta tentera'


"Di Naypyidaw (ibu negara) beratus-ratus kakitangan kerajaan menyertai tunjuk perasaan, di bahagian Timur pula dilaporkan polis menyertai tunjuk perasaan


"Pemerintah tentera bertindak balas dengan mempertegaskan peraturan berhimpun (tidak lebih 5 orang) dan memperketatkan perintah darurat pada waktu malam di bandar besar," kata CNA dalam laporan mereka.


Namun selepas dua hari perintah itu berkuatkuasa tunjuk perasaan tidak berkurangan manakala angka harian yang keluar ke jalan-jalan raya dilaporkan melebihi 10,000 orang.


Semalam dilaporkan jurutera dan jururawat turut menyertai masyarakat awam melaungkan pembebasan tokoh demokrasi Aung San Suu Kyi yang ditahan junta tentera.


Tunjuk perasaan juga merebak ke pekan-pekan kecil dan tentera masih gagal mengawal keadaan sejak 5 hari lalu.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page