Demo Turun Anwar, yang 'turun' berapa puluh orang sahaja?
- Suara Keadilan

- Jul 10
- 2 min read

Demonstrasi Turun Anwar di perkarangan parkir Hotel Concorde di Shah Alam, Selangor pada 6 Julai lalu yang banyak dipromosikan oleh Pemuda Pas menjadi anti klimaks apabila kehadiran peserta himpunan hanya beberapa ratus orang.
Bagi mantan ADUN Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (gambar), tunjuk perasaan yang sebelum itu menjadi buah mulut seolah olah kehadirannya melimpah ruah sehingga mampu menjatuhkan seorang perdana menteri, ternyata meleset dan tidak sepadan dengan propaganda.
"Himpunan tolak Anwar yang katanya (bakal) dihadiri jutaan manusia, tapi kalau kita tengok di dalam media sosial, saya jangka (anggarkan) kehadiran tak sampai 150 orang.
"Itu belum ditolak petugas parti, Unit Amal, pengamal media, orang datang nak dengar (ceramah) dan mereka yang menjadi aktivis parti.
"Saya jangka (anggar) mungkin (ditolak) kehadiran orang awam yang tiada kaitan, mungkin 20 - 30 orang saja (ahli parti). Ini gelombang yang mereka nak ciptakan untuk menurunkan Datuk Seri Anwar. Lucu namanya," sinis Fakhrulrazi dalam siaran video TikTok.
Beliau kemudian membawa senario lebih sedekad lalu lalu ketika dirinya masih Pemuda Pas dan berdemo menentang pemerintahan kerajaan sebelumnya yang menyaksikan puluhan ribu ahli Pas turun memenuhi jalan raya.
Pada waktu itu, ujarnya, Pas amat digeruni dengan kerahan tenaga yang disambut ahli, penyokong serta golongan atas pagar.
"Kalau zaman kami (ketika aktif dalam Pas), bila kita buat kerahan atau turun buat demo, sesak jalan. Polis sekat sana sini. Road block, tangkapan sama sini.
"Tapi ketika ini walaupun ada kerahan tetapi amat mendukacitakan," katanya lagi.
Kesan tunjuk perasaan yang tidak berjaya mengumpul massa juga dirasai apabila Himpunan Rakyat Benci Rasuah 2.0 dua minggu sebelum itu anjuran mahasiswa tidak melepasi angka kehadiran 300 orang.
Kekurangan kehadiran itu memberi bacaan kemungkinan pentadbiran PM Anwar berjaya menyelesakan rakyat, dan mereka merasakan tiada perkara besar yang mahu dibantah sehingga perlu menunjuk perasaan secara besar besaran sebagaimana sedekad sebelum ini.









Comments