top of page

Demo di depan ibu pejabat KWSP mahu keluar one off i-Citra



Demonstrasi di hadapan Ibu Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran skim i-Citra one off sebanyak RM10,000 kepada pencarum.


Menurut jurucakap perhimpunan santai tersebut, Khairul Anuar Othman, pengeluaran RM10,000 penting memandangkan kesan pandemik Covid 19 yang berlarutan dan banjir besar yang melanda Selangor serta Pahang pada pertengahan Disember lalu.


"Kami adalah wakil pencarum KWSP. Pencarum KWSP mempunyai 15 juta dan hampir 10 juta yang aktif.


"Saya dan teman teman adalah pencarum tegar, kita dan pencarum datang untuk bertemu dengan CEO KWSP, kalau boleh.


"Hari ini saya ingin beritahu Perdana Menteri keluarga Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri dan juga Menteri Kewangan Tengku Zafrul untuk dengar rintihan rakyat.


"Kami pencarum dalam kepayahan dan kesusahan, bencana bukan sahaja buat kami lebih derita, bencana buat kami lebih resah. Bencana banjir tidak cukup RM1,000 bantuan oleh kerajaan. Kami ingin meneruskan kehidupan. Ada antara kami dibuang kerja, ada yang berniaga tidak boleh berniaga. Kami mengharapkan PM dan Tengku Zafrul luluskan i Citra RM10,000, one off.


"Pertimbangkanlah suara kami ini," katanya.


Khairul yang juga Presiden Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ARM) kemudian dibenarkan untuk bertemu pengurusan KWSP namun diberitahu bagi membincangkan isu pengeluaran RM10,000 satu pertemuan lain perlu diadakan.


"CEO minta kita buat temu janji akan datang. Saya telah beri maklumat. InsyaAllah saya akan buat temujanji dengan CEO KWSP," katanya sebagai ucapan penutup demonstrasi santai berkenaan.



Pengeluaran one off KWSP penting untuk rakyat yang tidak dilanda banjir dan tidak menikmati bantuan sehingga RM60,000 yang dijanjikan oleh PM Ismail Sabri dalam perutusan Tahun Baharu 2022, malam tadi

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page