top of page

Demi rakyat Sarawak, laporan akhir MA63 perlu didedahkan


KEADILAN Sarawak tetap menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya laporan akhir Jawatankuasa Khas Kabinet (JKK) Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia (MA63) didedahkan kepada umum.


Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit berkata, perkara itu telah didesak berkali-kali namun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Hanifah Hajar Taib enggan berbuat demikian.


Beliau menganggap, keengganan Hanifah untuk mendedahkan laporan tersebut amat mengejutkan, sedangkan rakyat Sarawak mahu mengetahui perkembangan semasa mengenai status MA63.


'Selama lebih lima dekad rakyat Sarawak menderita dibawah pemerintahan ahli-ahli politik yang sebelum ini dari Barisan Nasional (BN) kini dibawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).


"Sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan dan pembaharuan bagi memastikan hak rakyat Sarawak dipertahankan dan dalam keadaan terbela," katanya dalam kenyataan.


Pada masa sama, KEADILAN Sarawak menggesa kerajaan PN dan rakannya GPS supaya menubuhkan jawatankuasa pemilih bagi menangani isu MA63.


Ini setelah hanya 17 daripada 21 perkara yang dipersetujui oleh kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dalam salah satu mesyuarat jawatankuasa MA63 pada tahun lalu.


Abun berkata, empat perkara yang masih belum dipersetujui perlu dibincangkan dengan segera selepas GPS gagal mempertahankan hak rakyat Sarawak di Parlimen.


"Pada bulan April 2019, RUU untuk mengubah Artikel 1 (2) Perlembagaan telah dikemukakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Perkara ini diperdebatkan dengan hangat dan rekod menunjukkan bahawa setiap ahli parlimen dari GPS tidak memberikan sokongan yang sewajarnya sedangkan ahli-ahli parlimen PH menunjukkan sokongan yang paling kuat.


"Pindaan tersebut gagal mendapatkan majoriti dua pertiga yang diperlukan dan hasilnya, usaha untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Persekutuan adalah gagal.


"Walaupun lantang memperjuangkan hak-hak Sarawak yang berkaitan dengan MA63, ahli-ahli parlimen GPS setakat ini terbukti tidak begitu meyakinkan apabila usul MA63 diajukan di Parlimen.


"Kerajaan mesti memulakan pembaharuan segera dengan mengurus tadbir dengan telus dan bertanggungjawab serta membenarkan semua laporan Jawatankuasa Khas Kabinet MA63 didedahkan kepada umum," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page