Demi rakyat Johor, rundingan telus, jujur dibuat - MUDA

Updated: Feb 11



Rundingan dan kerjasama pilihan raya antara Pakatan Harapan dan MUDA dilakukan demi mengambil alih pentadbiran Johor daripada kerajaan BN - PN yang korup.


Menurut Biro Politik MUDA, beberapa siri rundingan bersama KEADILAN, DAP dan AMANAH telah dibuat bagi mengelakkan pertembungan yang merugikan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac ini.


"Menerusi rundingan bilateral, MUDA serta rakan-rakan dari DAP dan AMANAH telah mencapai persetujuan dan telah membuat pengumuman bersama pada 9 Februari 2022.


"Rundingan antara MUDA dan KEADILAN masih lagi belum dimuktamadkan," kata Biro Politik MUDA dalam satu kenyataan.


Menurut mereka lagi, MUDA bercadang untuk bertanding di 3 kerusi yang tidak dimenangi KEADILAN dalam pilihan raya lalu, dan tidak akan menuntut kerusi yang telah sedia dimenangi.


"MUDA mencadangkan bertanding di 3 kerusi. Ketiga-tiga kerusi ini bukan kerusi yang telah dimenangi atau ditandingi oleh KEADILAN pada PRU yang lepas. MUDA menghormati hak rakan-rakan KEADILAN untuk mempertahankan kerusi sedia ada.


"Namun begitu, KEADILAN belum lagi memberikan kata putus berkenaan 3 kerusi tersebut.


"MUDA yakin dan percaya atas semangat kebersamaan dan demi rakyat Johor, satu rundingan yang telus dan jujur perlu dibuat," katanya.


Parti itu juga berharap semua keputusan yang dibuat akan diterima oleh rakyat Johor dan akan menterjemahkan sokongan di kertas undi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER