top of page

Demi Palestin PMX terus konsisten desak OIC laksana gencatan senjata



Oleh: Noraini Nordin


Tak Mati Dek keji, Tak Hidup Dek Puji

Biar berjuta 'panah-panah beracun fitnah' dari dalam dan luar negara dihala ke susuk tubuh PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim namun beliau terus mara.

PMX pejuang sejati tidak beralah, jauh sekali berputus asa untuk memacu negara hingga ke pentas antarabangsa.

Dalam isu rakyat Palestin mesti diberi hak untuk hidup merdeka, PMX terus gigih bawa suara Malaysia di pentas dunia.



ANALISIS: Terkini dalam Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Riyadh semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa suara Malaysia menggesa negara anggota pertubuhan itu secara konsisten mendesak pelaksanaan gencatan senjata serta-merta manakala bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza dpercepatkan.


Bercakap pada sesi kelapan yang diadakan bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin, beliau berkata, umat Islam di seluruh dunia mengharapkan hasil ketara serta tindakan konkrit daripada sidang kemuncak yang berlangsung sehari itu.


"Saya menggesa semua anggota OIC agar menggunakan saluran dan rangkaian diplomatik masing-masing secara strategik dalam setiap dialog di semua peringkat sama ada dua hala atau pelbagai hala, serantau mahupun antarabangsa.


"Marilah kita secara konsisten dan tegas mendesak perkara itu dalam satu kempen diplomatik yang bersepadu untuk memulakan pelaksanaan gencatan senjata dan menyegerakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza," kata Perdana Menteri.


Bertemu ketua ketua negara


Selain bersuara melalui forum rasmi, Anwar semasa di Riyadh juga turut mengambil kesempatan untuk menemui beberapa ketua negara asing bagi menekankan lagi perlunya keamanan diwujudkan di Gaza.


Antara yang ditemui beliau ialah Raja Jordan, Raja Abdullah ll dan Presiden Iran, Seyyed Ebrahim Raisi.


DS Anwar bertemu khusus dengan Raja Abdullah Jordan membincangkan isu Palestin

Dalam pertemuan Anwar dengan Raja Abdullah ll, kedua-dua pihak membincangkan secara khusus usaha untuk menghentikan perang di Gaza.


Perdana Menteri kemudian berkata,  pertemuan beliau bersama Raja Abdullah II berlangsung dalam suasana penuh santai dan harmoni. 


"Kami membincangkan keperluan untuk menangani ketegangan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis, terutamanya serangan oleh pendatang Israel terhadap penduduk Palestin," katanya pada hantaran di Facebooknya.


Menurut Anwar lagi, pertemuan itu antara lain membincangkan usaha untuk menghentikan perang di Gaza, selain membincangkan mengenai krisis kemanusiaan yang menjejaskan penduduk yang tidak bersalah di rantau itu.


Dalam pertemuan dengan Presiden Iran pula, katanya, mereka bersetuju lebih banyak bantuan kemanusiaan dibawa ke Palestin dan mahu OIC memainkan peranan lebih besar, khususnya membabitkan isu kemanusiaan sejagat.


"Dalam pertemuan penuh bermakna itu, kami sebulat suara bersetuju supaya kekejaman Israel terhadap Palestin perlu dihentikan segera.


"Kami juga mendukung segala usul yang dibawa OIC, termasuk paling penting proses gencatan senjata oleh Israel dilakukan serta-merta," kata Anwar dalam hantarannya melalui aplikasi X.


Keputusan tegas Sidang Kemuncak OIC


Apa yang menarik, Sidang Kemuncak OIC dalam kenyataan rasmi di akhir persidangan telah menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) membuat keputusan tegas dan memuktamadkan segera gencatan senjata di Gaza serta menyekat sebarang tindakan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada penghujung sidang tergempar bagi membincangkan pencerobohan Israel yang berterusan ke atas Palestin itu, negara-negara peserta menggesa agar ditamatkan segera pengepungan terhadap Gaza dan membenarkan konvoi bantuan kemanusiaan Arab, Islam dan antarabangsa memasuki Gaza.


"Menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil keputusan yang tegas dan memutamadkan keputusan untuk melaksanakan gencatan senjata dan menyekat pihak berkuasa pendudukan penjajah yang melanggar undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, serta resolusi legitimasi antarabangsa, iaitu yang terbaharu Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. No. A/ES-10/L.25 bertarikh 26/10/2023.


"Tidak bertindak dianggap sebagai satu persekongkolan yang membolehkan Israel meneruskan pencerobohan kejamnya yang membunuh orang yang tidak bersalah, kanak-kanak, orang tua, dan wanita, serta meranapkan bumi Gaza," menurut kenyataan itu lagi.


Yang nyata kenyataan rasmi itu selari dengan ucapan Perdana Menteri menggesa negara OIC agar secara konsisten mendesak pelaksanaan gencatan senjata manakala bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza disegerakan dan serta merta.


Anwar juga mengadakan mesyuarat dua hala dengan Anwaar-ul-Haq Kakr, Perdana Menteri sementara Pakistan bagi menangani konflik di Palestin.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat


* Foto kredit : Afiq Hambali PMO

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page