top of page

'Demi Malaysia yang indah buat generasi seterusnya'



Hari Malaysia harus disambut dengan semangat bersatu padu tanpa mengira kaum Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan.


Hal itu ditegaskan oleh Ketua Penerangan KEADILAN yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan, Fahmi Fadzil.


Katanya, rakyat perlu membuktikan kesatuan dengan berganding bahu menghadapi pasca pandemik dan ekonomi tidak menentu ketika ini.


"Kita memaknakan erti kemerdekaan demi sebuah Malaysia yang indah buat generasi seterusnya.


"Semangat kemasyarakatan dan ikatan sosial rakyat Malaysia jelas terbukti dengan wujudnya usaha-usaha kolektif masyarakat yang berganding bahu mendepani pandemik yang melanda baru-baru ini.


"Semangat ini juga jelas kelihatan semasa berlakunya banjir di beberapa kawasan yang menjejas penduduk setempat.


"Semoga kita terus mengusahakan persefahaman dan kehidupan bersama, agar kita boleh hidup dalam sebuah masyarakat majmuk yang makmur dan harmoni," katanya dalam perutusan sempena Hari Malaysia.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page