top of page

Demam khinzir: Selangor ketat kawalan, elak wabak merebak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 12
  • 1 min read

ree

Kerajaan Negeri memperketat kawalan dan penguatkuasaan khinzir di negeri itu bagi mengekang penularan penyakit demam khinzir Afrika (ASF).


Exco Pertanian Datuk Ir Izham Hashim berkata, usaha tersebut akan dilaksana melalui kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor


Menerusi penguatkuasaan itu, pemindahan khinzir hanya dibenarkan di dalam Selangor dan urusan penyembelihan hanya dilakukan di rumah penyembelihan dilesenkan.


"Bagi mengelakkan berlakunya pemindahan tanpa kebenaran atau tidak mengikut undang-undang, JPV Selangor telah menetapkan laluan pergerakan kenderaan pengangkut khinzir ke rumah penyembelihan dilesenkan.


"Sekiranya kenderaan pengangkut ini dikesan tidak berada di laluan yang ditetapkan semasa pemindahan, maka individu yang memindahkannya telah melakukan kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah.


"JPV Selangor turut memperhebat kawalan. Hasilnya, enam daripada 37 kenderaan pengangkut yang diperiksa menerusi Ops ASF disita," katanya menerusi kenyataan.


Sementara itu tegasnya, di bawah Seksyen 19, Akta Binatang 1953 dikeluarkan kepada pemilik ladang ternakan menuntut mereka perlu melupuskan semua khinzir yang dijangkiti.


Izham dalam satu sidang media khas sebelum ini memaklumkan tiga ladang khinzir di negeri ini disita selepas haiwan itu dijangkiti wabak ASF selepas menerima aduan pada 22 Januari lalu.


Sementara itu beliau turut memaklumkan, 76,000 khinzir yang dijangkiti penyakit ASF akan dilupuskan sebelum akhir bulan ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page