top of page

Delegasi Wakaf Antarabangsa kunjungi Timb Menteri Agama

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 18
  • 1 min read

Dr Zulkifli Hassan (dua dari kiri) bersama delegasi wakaf antarabangsa negara negara Islam
Dr Zulkifli Hassan (dua dari kiri) bersama delegasi wakaf antarabangsa negara negara Islam

Delegasi Wakaf Antarabangsa dari Arab Saudi, Oman dan Turkiye baru baru ini melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan.


Menurut Dr Zulkifli, dalam kunjungan itu delegasi luar terbabit membincangkan mengenai perkembangan terbaharu pelaksanaan wakaf di negara negara Islam dan Malaysia.


"Sudah lama tidak berjumpa sahabat saya Dr Sami Salahat yang kini berkhidmat dan menetap di Turkiye.


"Perbincangan (kami) merangkumi aspek amalan dan pelaksanaan wakaf serta perkembangan terkini," katanya.


Turut hadir dalam perbincangan itu Datuk Mohammad Sahar Mat Din, Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page