top of page

'Dekati seberapa ramai pengundi untuk menang PRN'

Updated: Apr 12, 2023



Anggota KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) digesa memulakan gerak kerja mendekati seberapa ramai pengundi yang boleh menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadual pada Julai ini.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, mesej yang tepat perlu diterima oleh para pengundi agar mereka memberi peluang kepada PH dan Kerajaan Perpaduan untuk berkuasa dalam pilihanraya yang melibatkan 6 negeri.


"Saya dalam memberikan komentar PRN lebih mengambil sikap optimis dan memandang ke hadapan. Betul pilihanraya yang lepas memberi kita banyak pengajaran tetapi dalam 3 - 4 bulan berbaki tempoh, sekarang bukan untuk kita berteori lagi.


"Pilihanraya di Malaysia sangat bersifat constituency based bagaimana keupayaan kita untuk mendekati seberapa ramai pemilih diikuti mesej mesej yang tepat kepada mereka untuk meyakinkan mereka kita adalah pilihan yang lebih baik.


"Di samping kita menunjukkan kita mampu menjadi satu alternatif yang terbaik di peringkat negeri.


"Kita masuk PRN negeri dengan objektif yang sangat jelas. Untuk 3 negeri kita masuk untuk mempertahankan kerajaan yang ada, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Untuk Kedah kita masuk untuk mencabar sehingga membentuk kerajaan.


"Untuk Kelantan dan Terengganu kita masuk untuk menghantar suara pembangkang yang kuat dalam DUN," katanya kepada Suara Keadilan baru baru ini.


Mengulas mengenai apakah kecenderungan pengundi bukan Melayu untuk tidak keluar mengundi pada PRN berbanding Pilihan Raya Umum ke 15 lalu, Saifuddin berkata hal itu perlu ditangani dengan kelebihan PH kini menguasai Kerajaan Persekutuan.


Faktor PRN Melaka atau Johor yang mana pengundi kurang menyokong PH tidak perlu dibebankan kepada PRN akan datang.


"Jadi Melaka atau Johor, kencederungan keluar mengundi atau tidak, itu satu penilaian yang berterusan. Paling penting adalah mempertahankan 3 negeri.


"Bagaimana kita boleh gunakan kedudukan kerajaan kita di peringkat pusat supaya impak dirasai di 3 negeri ini untuk memudahkan kita mempertahankannya


"Sama juga macam mana nak ambil kelebihan kerajaan di peringkat pusat untuk dapat sekurang kurangnya 19 daripada 36 kerusi DUN Kedah itu untuk dapat kita menangi (negeri)," katanya lagi.


PRN akan menjadi penentu kepada perkembangan seterusnya sama ada kepada pihak kerajaan mahu pun pembangkang dalam politik Malaysia.


Sekiranya PH dan Kerajaan Perpaduan mampu memberi cabaran sengit di Kedah, Kelantan dan Terengganu maka masa hadapan PN akan menjadi malap dan sukar.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page