top of page

PRU 15 sudah dekat, kenapa lampu jalan di Kemaman tak berfungsi?



Pada era pentadbiran BN di Terengganu, menjelang beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) maka lampu jalan, longkang dan sebagainya akan diperbaiki.


Penyokong Pas menganggap tindakan itu sebagai usaha memancing undi dari Umno BN.


Bagaimanapun, menurut KEADILAN Cabang Kemaman, di bawah pentadbiran Pas anehnya lampu jalan di daerah Kemaman tidak dibaiki biar pun telah hampir tarikh PRU.


"KEADILAN Kemaman dengan ini menggesa pihak berwajib supaya segera menyelesaikan masalah lampu jalan yang tidak berfungsi di sekitar daerah Kemaman


"Ini berikutan banyak aduan yang dikemukakan oleh penduduk di laman media sosial komuniti tempatan terutama di Facebook


"Aduan tersebut menyatakan keadaan ketiadaan lampu jalan yang berfungsi menyusahkan pengguna jalan raya terutama di waktu malam. Risiko kemalangan agak tinggi terutama penunggang motorsikal dan juga kenderaan ringan seperti kereta dan van," kata kenyataan Biro Komunikasi dan Penerangan Kemaman.


Menurut kenyataan itu lagi, keadaan kurang pencahayaan perlu diperbaiki agar tidak ada nyawa melayang atau pengguna jalan raya menghadapi kecederaan parah.


"Jika keadaan berterusan, dibimbangi akan mengancam nyawa pengguna kenderaan yang menggunakan jalan-jalan ini terutama di waktu malam


"Justeru, KEADILAN Kemaman menggesa pihak berwajib segera menyelesaikan permasalahan ini bagi memudahkan urusan penduduk di sekitar Kemaman dan juga menyelamatkan nyawa daripada nahas," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page