top of page

Dekad ini, dekad anda: Belia hadapi cabaran luar biasa - AMK


Biro Sukan dan Kesihatan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia dalam perutusan sempena Hari Belia Negara 2021 mengingatkan agar golongan belia di negara ini bersiap siaga menghadapi cabaran luar biasa yang perlu ditempuhi sepanjang pandemik Covid 19 dan era selepasnya.


Menurut kenyataan biro berkenaan semalam, biar pun tanggal 15 Mei merupakan hari istimewa menghargai sumbangan belia dalam membangunkan negara namun golongan itu harus bersedia dengan cabaran yang rencam di hadapan, terutama dalam isu kesihatan dan eknomi yang tidak menentu.


"Pandemik Covid-19 telah memberikan kesan yang cukup besar kepada kelompok belia seperti isu pengangguran, ketidakseimbangan kesejahteraan mental, penutupan fasiliti sukan dan ketidak padanan peluang pekerjaan.


"Juga memprihatinkan dalam kebajikan dan keselamatan belia dalam sektor ‘gig ekonomi’, kurang peluang keusahawanan serta kurang gajet elektronik bagi menjalani pendidikan online.


"Walau apa pun yang terjadi, janganlah kita mudah putus asa. Kita harus mencabar diri serta mengatur langkah untuk mengejar kejayaan bagi mengubah nasib diri, keluarga dan negara," kata kenyataan biro tersebut.


Sehubungan itu, Biro Sukan dan Kesihatan AMK mengharapkan agar golongan belia di Malaysia cekal hati dan bersama-sama mencipta sejarah di peringkat daerah, negeri, negara serta peringkat antarabangsa.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page