Defisit RM17 bilion, kaji dasar sekuriti makanan negara secara menyeluruh



Dasar Sekuriti Makanan Negara harus bersifat lebih holistik dan komprehensif bagi memperkukuhkan keselamatan makanan di semua peringkat rantaian makanan.


Malangnya, dasar yang dilaksanakan sejak era pemerintahan BN dan belum sempat diubah ketika era pantadbiran Pakatan Harapan lebih kepada mengimport makanan dari luar.


Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, dasar kerajaan terdahulu perlu dikaji dan dirombak semula bagi menseimbangkan perbelanjaan negara.


Apatah lagi, katanya, untuk memastikan bekalan makanan mencukupi dan terkawal ketika negara dalam persediaan menghadapi Gelombang Kedua pandemik Covid-19.


"Hasil daripada Unit Risikan yang diambil dalam majalah Economist (EIU), Malaysia berada di kedudukan ke 24 daripada 113 buah negara dalam Indeks Sekuriti Makanan Global (Global Food Security Index) pada tahun 2019.


"Namun begitu, tahun tersebut juga mencatatkan negara kita mengimport lebih banyak daripada eksport, sehingga menyebabkan defisit mencecah RM 17.4 bilion," katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.


Menurut Shamsul, negara seharusnya mengorak langkah memajukan sektor pertanian bagi menjamin kemandirian dalam pengeluaran makanan pada masa hadapan.


“Ianya kelihatan seperti produk keberdikarian negara yang masih lagi berada pada tahap relatif yang rendah," katanya lagi.


Untuk rekod, mengikut statistik Bank Negara Malaysia, import makanan Malaysia meningkat daripada RM43 bilion pada tahun 2013 kepada RM54 bilion pada tahun 2018. Manakala eksport turut meningkat daripada RM26 bilion pada tahun 2013 kepada RM35 bilion pada tahun 2018.


Hal itu menyebabkan berlaku defisit sebanyak RM19 bilion, yang boleh dikecilkan sekiranya pertanian dijadikan tumpuan utama dasar kerajaan semasa.


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio