top of page

Deepavali: Wanita KEADILAN Johor Bahru agih bakul makanan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 19, 2025
  • 1 min read

Wanita KEADILAN Johor Bahru mengagihkan bakul makanan kepada masyarakat India
Wanita KEADILAN Johor Bahru mengagihkan bakul makanan kepada masyarakat India

Wanita KEADILAN Johor Bahru menzahirkan semangat perpaduan dan kasih sayang sempena sambutan Deepavali melalui program penyerahan bakul makanan kepada penduduk komuniti India di PPR Sri Stulang dan Flat Larkin, pada Sabtu.


Program berkenaan dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada penerima yang bakal meraikan perayaan cahaya itu.


"Dengan penuh rasa tanggungjawab dan keprihatinan, Wanita KEADILAN Johor Bahru menyalurkan sumbangan ini sebagai simbol sokongan berterusan terhadap agenda Malaysia Madani yang berteraskan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.


"Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan serta membawa keceriaan kepada semua penerima," kata Ketuanya, Siti Nor Aishah Suratnu menerusi satu perkongsian di Facebook.


Penganut Hindu di seluruh negara bakal meraikan Deepavali atau Pesta Cahaya esok.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapannya di Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani 2025 di pekarangan KL Sentral pada Sabtu, menyeru agar perayaan itu akan menjadi jambatan memperkukuh semangat perpaduan serta hormat-menghormati dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.


Sementara itu menerusi perkongsian serupa, Siti Nor Aishah merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kepimpinan berteraskan kasih sayang dan kebajikan rakyat yang telah menjadi inspirasi kepada gerakan Wanita KEADILAN di semua peringkat.


"Terima kasih PMX, terima kasih Malaysia Madani. Kami akan terus memperjuangkan nilai keprihatinan dan kasih sayang dalam kalangan masyarakat," ujar Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Negeri Johor itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page